OLDTOWN White Coffee Hadir Dengan Perisa Baharu – Gabungan Kopi Putih Dan Santan Kelapa
Lina Rosli
OLDTOWN kini hadir dengan inovasi terbaru yang pastinya menarik perhatian peminat kopi – iaitu OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa.
Minuman ini hadir dengan gabungan unik kopi putih yang kaya dan berkrim dengan sentuhan tropika dari santan kelapa sebenar. Dengan trend pengguna yang semakin menggemari perisa unik dan eksotik, OLDTOWN terus mencipta pengalaman baharu bagi pencinta kopi Asia.

Bagi anda yang berminat, OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa ini boleh dibeli di pasar raya utama di seluruh Malaysia serta melalui kedai rasmi OLDTOWN di Shopee dan Lazada.
Bersempena pelancarannya, OLDTOWN turut menawarkan Pek Percubaan OLDTOWN White Coffee Perisa Kelapa secara percuma dengan setiap pembelian produk OLDTOWN (15s/13s/18s) di kedai terpilih dan platform dalam talian, selagi stok masih ada.