ZUS Coffee Kemaskini Waktu Operasi Sempena Ramadan
Lina Rosli
Bersempena bulan Ramadan ini, ZUS Coffee mengumumkan lanjutan waktu operasi sehingga jam 10.40 malam dan 11.40 malam bagi beberapa rangkaian terpilih di seluruh negara.
Dengan ini, anda boleh mendapatkan minuman kegemaran anda selepas selesai solat Terawih dengan lebih mudah. Menarik bukan?

Untuk beberapa cawangan di kompleks membeli-belah dan juga kompleks niaga biasa, waktu operasi ZUS Coffee akan bermula sekitar 7.00 pagi, 8.00 pagi, 9.00 pagi dan 10.00 pagi.
Namun, untuk cawangan ZUS Coffee yang dibuka di universiti ataupun institusi pengajian, waktu operasi mereka akan bermula dari jam 2.00 petang dan 3.00 petang.
Berikut adalah senarai waktu operasi baharu di beberapa cawangan ZUS Coffee bermula 2 Mac hingga 30 Mac 2025.














Serba sedikit mengenai ZUS, kopi yang dibancuh ZUS menggunakan biji yang diperoleh daripada Brazil FAF dan memanggangnya secara tempatan. Dengan ini, ia bukan hanya memudahkan mereka untuk mengawal kualiti dan titik harga untuk kopi, tetapi juga menjadikan kopi istimewa mampu milik untuk semua orang.
Bagi anda yang belum pernah mencuba kopi dari ZUS Coffee, mula lakukan pesanan hari ini sama ada pembelian terus di kedai fizikal ataupun secara atas-talian menerusi aplikasi ZUS Coffee, GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood.