Carian
Christy Ng Kini Di Indonesia – Buka Butik Pertama Di Kota Kasablanka, Jakarta
March 5, 2025 Lina Rosli

Jenama fesyen tempatan, Christy Ng kini meluaskan sayapnya ke Indonesia dengan pembukaan butik pertama di Kota Kasablanka Mall, Jakarta pada 1 Mac 2025.

Selepas pembukaan cawangan di Malaysia Timur pada bulan Julai 2024, nampaknya Christy Ng kekal komited di dalam menawarkan akses pembelian mereka kepada lebih banyak penggemarnya.

Sebagai jenama yang terkenal dengan rekaan kasut dan beg yang bergaya serta berkualiti tinggi, Christy Ng mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen di Malaysia.

Dengan kehadiran fizikal di Indonesia, pengguna di negara jiran kini dapat merasai sendiri pengalaman membeli-belah koleksi yang sebelum ini hanya boleh diakses secara dalam talian.

Pembukaan butik di Jakarta ini diliha menunjukkan potensi perkembangan jenama Malaysia di pasaran antarabangsa, sekaligus membuktikan bahawa jenama tempatan mempunyai daya tarikan yang kuat di luar negara.

Bagi yang berada di Jakarta, ini peluang untuk melihat dan mencuba sendiri koleksi Christy Ng secara langsung.

Komen