Scott Memperkenalkan Scott Calorie Absorb Towel – Berfungsi Menyerap Lebihan Minyak Dalam Makanan
Lina Rosli
Untuk kebanyakan hidangan bergoreng – yang menggunakan minyak yang banyak, pasti akan ada keadaan yang mana minyak gorengan yang dipakai berkumpul di bahagian bawah dalam mangkuk atau pinggan. Dan lebihan minyak ini sudah semestinya tidak baik untuk kesihatan.
Bagi mengurangkan lebihan minyak berkumpul, Scott baru-baru ini hadir dengan satu produk yang berfungsi untuk menyerap minyak dengan lebih mudah pada keropok lekor, ayam goreng berempah, dan pisang goreng.

Dengan satu helai Scott Calorie Absorb Towel, anda boleh mengurangkan sehingga 127 kalori dari setiap hidangan.
Selari dengan pengenalan ini, Scott turut hadir dengan sebuah kempen “Kalori Kurang, Raya Lebih Riang” sebagai satu langkah mudah untuk bantu rakyat Malaysia menikmati makanan dengan lebih sihat.
Dengan kadar obesiti di Malaysia yang semakin meningkat, Scott tampil dengan penyelesaian yang ringkas tetapi efektif – serap lebihan minyak, jimat kalori dan tetap kekalkan keenakan makanan.

Bazaar Ramadan Jadi Platform Kesedaran
Untuk buktikan keberkesanan produk ni, Scott turun padang ke bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, bermula di Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam (6-8 Mac) dan Bazaar Ramadan USJ 4 (13-15 Mac). Di sini, peniaga akan tunjukkan sendiri bagaimana penggunaan Scott Calorie Absorb Towel dapat mengurangkan lebihan minyak dalam makanan yang dijual.
Menurut Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, Nor Syafiqah Zainal, berbuka dengan makanan berminyak boleh ganggu sistem pencernaan dan menyebabkan pertambahan berat badan walaupun kita berpuasa.

Namun, ini tak bermakna kita perlu tinggalkan makanan tradisional. Perubahan kecil seperti mengurangkan minyak dalam makanan boleh memberi impak besar untuk kesihatan jangka panjang.
Dengan lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk memasak di rumah sepanjang Ramadan, Scott Calorie Absorb Towel bukan sahaja membantu menyerap minyak berlebihan tetapi juga memudahkan kerja pembersihan selepas berbuka.