The Ordinary Memperkenalkan Multi-Active Delivery Essence – Langkah ‘Prep’ Baharu Dalam Rutin Penjagaan Kulit

March 7, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

The Ordinary kini memperkenalkan inovasi terbaharu dalam dunia penjagaan kulit menerusi pelancaran Multi-Active Delivery Essence. Produk ini bukan sahaja memperkenalkan sub-kategori baharu dalam rangkaian jenama The Ordinary, malah turut mengembangkan fasa ‘Prep’ dalam konsep ‘Prep, Treat, Seal’ yang semakin mendapat perhatian dalam industri kecantikan.

Apakah Itu Multi-Active Delivery Essence?

Multi-Active Delivery Essence berfungsi sebagai langkah persediaan kulit sebelum penggunaan produk rawatan lain. Ia membantu menyediakan kulit bagi meningkatkan penyerapan bahan aktif, sekali gus menjadikan langkah rawatan seterusnya lebih berkesan.

Dengan formulasi yang dirumus khas, essence ini menawarkan kelembapan mendalam di samping meningkatkan keberkesanan produk lain yang digunakan selepasnya.

Antara bahan-bahan utama di dalamnya termasuklah Glycerin, Propanediol, Sodium Caproyl Prolinate, dan Glycogen. Glycerin berfungsi sebagai humektan yang meningkatkan penghidratan serta membantu kulit menyerap bahan aktif dengan lebih efektif. Propanediol pula bertindak sebagai agen penambah penyerapan yang menyokong retensi air dan menguatkan penghalang kulit.

Glycogen pula menyokong kelembapan kulit untuk menjadikannya lebih sihat dan berseri. Dengan kombinasi bahan ini, essence ini bukan sahaja melembapkan tetapi turut memastikan produk rawatan yang digunakan selepasnya dapat menyerap dengan lebih berkesan

Untuk menggunakannya, produk ini boleh digabungkan dengan pelbagai regimen penjagaan kulit di bawah jenama The Ordinary.

Beberapa kombinasi yang disarankan termasuk:

  • Squalane Cleanser → Multi-Active Delivery Essence → Niacinamide 10% + Zinc 1% → Natural Moisturizing Factors + HA
  • Glycolipid Cream Cleanser → Multi-Active Delivery Essence → Multi-Peptide + HA → Natural Moisturizing Factors + PhytoCeramides
  • Glucoside Foaming Cleanser → Multi-Active Delivery Essence → Alpha Arbutin 2% + HA → Natural Moisturizing Factors + HA

Bagi yang berminat, Multi-Active Delivery Essence ditawarkan pada harga RM75.00, menjadikannya salah satu pilihan berbaloi bagi individu yang ingin meningkatkan keberkesanan rutin penjagaan kulit tanpa perlu berbelanja besar.

Bagi mereka yang ingin meningkatkan rutin penjagaan kulit dengan langkah ‘Prep’ yang lebih berkesan, Multi-Active Delivery Essence merupakan pilihan yang sesuai.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd