ECCO Hadir Dengan Koleksi 12-Hour Heels Untuk Keselesaan Sepanjang Hari

March 7, 2025
Fesyen

Lina Rosli

ECCO baru-baru ini mengumumkan yang mana penyanyi antarabangsa Yuna sebagai wajah utama kempen terbarunya di Malaysia dan Singapura.

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, kempen Icons That Last ini menampilkan Yuna sebagai simbol keberanian, keyakinan dan keteguhan. Bagi ECCO, ikon bukan sekadar individu yang dikenali ramai, tetapi seseorang yang memberi impak dan mencorakkan perubahan.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Yuna memperkenalkan koleksi terbaharu ECCO, 12-Hour Heels Collection, yang direka khas untuk wanita moden yang mahukan keseimbangan antara gaya dan keselesaan.

Antara model yang diketengahkan ialah ECCO SCULPTED ALBA 65, kasut tumit blok yang menggunakan teknologi Fluidform Direct PU injection bagi menyokong pergerakan semula jadi dan memberi keselesaan sepanjang hari.

Kempen ini bukan sekadar meraikan gaya tetapi juga memberi penghormatan kepada wanita yang berani mengekspresikan diri mereka. Dengan gabungan inovasi, kualiti, dan rekaan yang sofistikated, ECCO terus memberikan pilihan terbaik kepada wanita yang mahukan kasut yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga praktikal untuk kehidupan seharian.

Koleksi ECCO Spring/Summer 2025 ini boleh didapati bermula 8 Mac 2025 di butik terpilih dan di laman web rasmi ecco.com.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd