G-Shock Perkenalkan GMA-P2125W Dengan Rona Ungu Lembut Untuk Gaya Elegan – Berharga RM545

March 8, 2025
Fesyen

Maizuraa

G-SHOCK telah memperkenalkan model terbaru GMA-P2125W sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa. Dengan reka bentuk yang menawan serta makna simbolik yang mendalam, model ini pasti menjadi tarikan utama dalam dunia fesyen moden. Ia bukan sahaja menarik secara visual tetapi juga membawa mesej yang sangat istimewa.

Jam tangan ini mengetengahkan bezel oktagon ikonik dari siri 2100, yang kini hadir dalam rona ungu lembut. Warna ini bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga melambangkan keanggunan dalam setiap rekaan. Ia juga direka khas untuk memastikan keselesaan yang berpanjangan menjadikannya pilihan terbaik bagi individu dengan pergelangan tangan kecil.

Apa yang lebih menarik, jam ini dilengkapi paparan LED dengan motif bunga mimosa (Mimosa flower) yang memberikan sentuhan unik selari dengan tradisi Hari Wanita Antarabangsa. Bunga mimosa itu sendiri melambangkan kekuatan, penghargaan, dan keanggunan lalu menjadikan rekaan ini lebih bermakna. Bagi anda yang berminat, model G-SHOCK GMA-P2125W ini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM545.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd