Ini Jenama Baju Raya Di ZALORA, Shopee Dan TikTok Shop Yang Menawarkan Harga Bawah RM100
Lina Rosli
Musim perayaan semakin hampir, dan bagi anda yang ingin tampil bergaya tanpa berbelanja besar, terdapat banyak pilihan baju raya bawah RM100 yang boleh didapati di ZALORA, Shopee dan TikTok Shop.
Berikut adalah beberapa jenama yang boleh anda terokai di platform yang disenaraikan di atas – jenama dilihat tampil dengan pelbagai rekaan moden dan tradisional yang mana boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.
#1 Bayu Somerset – ZALORA
Bayu Somerset tampil dengan koleksi busana yang berani dan penuh karakter, menampilkan warna-warna terang serta potongan ala tradisional yang tetap relevan dengan gaya moden.
Menggunakan corak abstrak dan floral moden, setiap rekaan dalam koleksi ini dipadankan dengan kombinasi warna yang menyerlah – pilihan sempurna untuk anda yang menggemari vibes raya yang ceria dan ingin tampil lebih muda.
Lebih menarik, semua koleksi Bayu Somerset ditawarkan pada harga yang sama – iaitu dijual pada harga hanya RM99 sahaja. Menarik bukan? Anda boleh tampil bergaya dengan harga berpatutan.
Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke laman web atau aplikasi ZALORA dan mula cari ‘Bayu Somerset’ – anda juga boleh klik pautan ini https://www.zalora.com.my/c/bayu-somerset/b-12330 untuk mula menerokai baju raya idaman anda.



#2 Zoe Arissa – Shopee
Jika anda gemarkan motif bunga minimalis yang dipadankan dengan warna pastel lembut, koleksi busana raya daripada Zoe Arissa pasti mencuri perhatian anda.
Seperti jenama pakaian sopan yang lain, Zoe Arissa turut mengetengahkan rekaan potongan tradisional, menjadikannya pilihan sempurna bagi mereka yang menggemari tema raya klasik dengan sentuhan moden.
Apa jua gaya yang anda cari, Zoe Arissa menawarkan pelbagai pilihan busana raya pada harga mampu milik, bermula dari RM83 hingga RM150. Di sini juga, anda boleh mendapatkan koleksi tudung raya yang sesuai dipadankan bersama baju raya pilihan anda.
Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke laman web Shopee dan mula cari ‘Zoe Arissa Luxe Flagship’ – anda juga boleh klik pautan ini https://shopee.com.my/zoearissaluxe.os untuk mula menerokai baju raya idaman anda.



#3 Yan@Yan – Shopee
Sesuai untuk anda yang menggemari baju kurung klasik dengan sentuhan feminin, Yan@Yan menawarkan pelbagai koleksi pakaian raya yang elegan pada harga berpatutan.
Diperbuat daripada fabrik chiffon lembut, setiap rekaan di Yan@Yan menampilkan potongan minimalis yang selesa dipakai sepanjang hari. Corak bunga halus yang menghiasi koleksi ini menambahkan aura lembut dan anggun, menjadikannya pilihan sempurna untuk anda yang mengutamakan gaya klasik yang menawan.
Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke laman web Shopee dan mula cari ‘Yan@Yan’ – anda juga boleh klik pautan ini https://shopee.com.my/yanyiguo untuk mula menerokai baju raya idaman anda.



#4 Mother & Child – ZALORA
Jika anda lebih gemarkan rekaan tanpa corak, Mother & Child menawarkan koleksi baju kurung pesak dan jubah yang ringkas tetapi elegan. Diperbuat daripada fabrik yang selesa, setiap helaian direka untuk memberi keselesaan sepanjang hari tanpa mengabaikan sentuhan anggun.
Dengan harga sekitar RM99, koleksi ini juga hadir dalam pilihan sedondon untuk si kecil. Jadi, anda dan anak boleh bergaya bersama dalam padanan yang serasi, sempurna untuk majlis istimewa atau perayaan.
hanya RM99 sahaja. Menarik bukan? Anda boleh tampil bergaya dengan harga berpatutan.
Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke laman web atau aplikasi ZALORA dan mula cari ‘Mother & Child’ – anda juga boleh klik pautan ini https://www.zalora.com.my/c/mother-child/b-3240 untuk mula menerokai baju raya idaman anda.



#5 Mewah Exclusive – TikTok Shop
Untuk anda yang menginginkan rekaan lebih exquisite, Mewah Exclusive menawarkan koleksi baju raya yang memukau dengan penggunaan fabrik mewah seperti brocade dan lace. Setiap helaian direka dengan perincian yang elegan, menjadikannya pilihan sempurna untuk penampilan yang lebih anggun dan eksklusif.
Sesuai untuk majlis istimewa atau perayaan, koleksi dari Mewah Exclusive memastikan anda tampil menawan dengan gaya yang penuh kemewahan dan kehalusan seni jahitan.
Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi ke laman web TikTok Shop dan mula cari ‘Mewah Exclusive’ – anda juga boleh klik pautan ini https://vt.tiktok.com/ZSMqTBnLQ/?page=TikTokShop untuk mula menerokai baju raya idaman anda.



Berikut adalah beberapa pilihan baju kurung untuk raya tahun ini sekiranya anda memiliki bajet yang tidak besar. Sekiranya anda mempunyai cadangan lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria.