Membentuk Pemimpin Masa Depan dengan Pendidikan Bisnes Berkualiti
ssofea
Alliance Manchester Business School (AMBS), sebahagian daripada The University of Manchester (UoM), baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-60 sebagai institusi pendidikan perniagaan yang berpengaruh di peringkat antarabangsa. AMBS menawarkan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik melalui pendidikan berkualiti tinggi, fleksibel, dan berteraskan impak.
Dalam dunia yang kian bersaing, pendidikan perniagaan bukan lagi sekadar tentang mendapatkan ijazah tetapi tentang membina kemahiran kepimpinan dan pemikiran strategik yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. AMBS terkenal dengan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration, MBA) bertaraf dunia yang direka untuk ahli eksekutif tertinggi dengan menggabungkan pembelajaran dalam talian dan bengkel bersemuka supaya boleh terus bekerja sambil belajar.

Dengan kehadiran kukuh di Malaysia dan Asia Tenggara, AMBS telah melahirkan ramai alumni cemerlang yang kini memacu transformasi digital, pemerkasaan inovasi korporat, dan pembangunan sektor utama seperti teknologi dan penjagaan kesihatan. Alumni seperti Dr Prem Kumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif dari IHH Healthcare dan Mandeshpal Singh, Ketua Penyelesaian Perusahaan dari Digital Nasional Berhad, adalah bukti bagaimana pendidikan AMBS dapat memberikan kelebihan kompetitif dalam pasaran yang sentiasa berubah.
Salah satu daya tarikan utama AMBS adalah pendekatan pembelajarannya yang fleksibel. Dengan gabungan pembelajaran secara dalam talian dan bengkel antarabangsa di lokasi seperti Singapura dan Dubai, pelajar boleh mengakses pendidikan bertaraf dunia sambil menyesuaikan jadual belajar dengan komitmen kerja.
Selain itu, rangkaian alumni antarabangsa AMBS memberikan peluang untuk berhubung, berkongsi idea, dan mendapatkan pandangan terkini tentang perkembangan pasaran dengan komuniti profesional dari pelbagai industri. Ini adalah cara terbaik untuk terus berkembang sebagai individu dan profesional dalam dunia perniagaan moden.

AMBS bukan sahaja melatih pelajar menjadi pemimpin tetapi juga menanamkan nilai-nilai kelestarian alam dan tanggungjawab bersama dalam setiap aspek pendidikan mereka. Dekan AMBS, Professor Ken McPhail, menekankan bahawa kelestarian alam bukan sekadar keperluan perniagaan tetapi juga tanggungjawab asas setiap pemimpin masa depan. Pendekatan merentas disiplin membantu pelajar memahami bagaimana untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi dengan pemikiran kritikal dan penyelesaian inovatif.
Jika anda mencari cara untuk meningkatkan kerjaya sambil memberi impak positif kepada masyarakat, AMBS adalah pilihan terbaik. Dengan tumpuan pada inovasi, kelestarian alam, dan pembelajaran sepanjang hayat, institusi ini terus menjadi peneraju dalam pendidikan perniagaan antarabangsa.