The LEGO Group Menghidupkan Semula Tradisi Bermain Di Kampung Sempena Syawal Ini

March 13, 2025
Famili

Lina Rosli

Di bulan Ramadan ini, The LEGO Group nampaknya telah tampil dengan satu inisiatif menarik untuk mengembalikan semangat kebersamaan secara fizikal.

Melalui kempen terbaru mereka, “Main Bersama, Eratkan Silaturahim,” The LEGO Group mengajak orang ramai untuk meluangkan masa berkualiti dengan membina set LEGO bersama keluarga. Lebih daripada sekadar permainan, LEGO membuka ruang untuk interaksi yang lebih bermakna, mencipta kenangan indah dan merapatkan hubungan antara generasi.

Menghidupkan Semula Tradisi Bermain Di Kampung

Balik kampung merupakan detik yang dinanti-nantikan, tetapi dengan kehadiran teknologi, ramai yang lebih tertarik dengan skrin telefon berbanding berbual dengan sanak saudara.

Oleh itu, LEGO ingin mengubah trend ini dengan memaparkan kisah menyentuh hati dalam video kempen mereka, yang menggambarkan seorang atuk berusaha mendekati cucu-cucunya melalui aktiviti membina set LEGO bertemakan suasana kampung.

Melalui kempen ini, The LEGO Group menyampaikan mesej bahawa silaturahim dapat diperkukuhkan bukan hanya dengan berada di tempat yang sama, tetapi juga melalui aktiviti yang dilakukan bersama. Dari membina rumah kampung hingga masjid kecil, setiap kepingan LEGO menjadi simbol kenangan yang terjalin di antara ahli keluarga.

Promosi Raya LEGO – Nikmati Tawaran Menarik Khusus Buat Peminat LEGO

Sempena sambutan Raya, The LEGO Group turut menawarkan promosi menarik. Dari 1 Mac, pelanggan yang berbelanja minimum RM88 boleh menebus paket Raya LEGO edisi terhad, sementara dari 10 Mac hingga 6 April, beberapa set LEGO terpilih akan ditawarkan dengan diskaun 20%.

Promosi ini boleh didapati di kedai rasmi LEGO dan platform dalam talian seperti LEGO Malaysia, Box of Bricks, serta Shopee dan Lazada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd