Ini Ciri Dan Fungsi Menarik Yang Hadir Pada Samsung Galaxy A26 5G, A36 5G & A56 5G

March 13, 2025
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Samsung kembali dengan barisan peranti baharu yang lebih pintar dan berkuasa. Siri Galaxy A terbaru – Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G – hadir dengan teknologi Awesome Intelligence, memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar, kreatif dan menyeronokkan.

Menurut Samsung juga, untuk setiap model di dalam siri Galaxy A ini masing-masing hadir dengan kelebihan dan keunikan yang tersendiri – yang mana untuk model Samsung Galaxy A26 5G sesuai untuk penstriman dan tontonan video untuk tempoh yang lama.

Manakala untuk Samsung Galaxy A36 5G pula menawarkan kelebihan sistem penyejukan yang berkuasa sewaktu bermain permainan video, dan Samsung Galaxy A56 5G pula hadir dengan kamera swafoto yang lebih cantik kerana ia menampilkan lebih 1 bilion warna – sekaligus menjadikan gambar lebih realistik.

Kehebatan Kamera Dengan Galaxy A56 5G

Bagi mereka yang gemar merakam momen-momen indah, Samsung Galaxy A56 5G menawarkan keupayaan kamera yang luar biasa.

Antara fungsi dan teknologi yang menarik termasuklah ciri Nightography dan kamera 12MP Video HDR yang mana menghasilkan gambar dan video yang kelihatan lebih terang dan tajam – walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Selain itu, Samsung Galaxy A56 5G turut hadir dengan ciri Best Face – ia secara automatik memilih gambar terbaik daripada beberapa tangkapan untuk memastikan anda kelihatan menawan setiap masa. Sekiranya anda gambar anda mempunyai objek yang tidak diingini, teknologi Awesome Intelligence menampilkan fungsi Object Eraser yang membolehkan anda membuang objek yang tidak diingini daripada gambar dengan mudah.

Pengalaman Bermain Permainan Video Lebih Lancar dengan Galaxy A36 5G

Bagi peminat permainan video, Samsung Galaxy A36 5G dilengkapi dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 untuk prestasi bermain yang mantap.

Jika dibandingkan dengan cip pemprosesan sebelum ini, iaitu cip Snapdragon 6 Gen 1, cip baharu ini dilihat 30% lebih efisien menjadikan peranti ini sesuai untuk melakukan multi-tugasan selain menjadikan pengalaman penggunaan sewaktu bermain permainan video lebih lancar.

Tambahan pula, kapasiti bateri 5000mAh dan sokongan Super Fast Charge 2.0 (45W) membolehkan pengecasan pantas dalam masa lebih sejam sahaja.

Tontonan Video Yang Selesa dengan Galaxy A26 5G

Jika anda mencari telefon dengan paparan terbaik, Samsung Galaxy A26 5G menampilkan skrin 6.7 inci Full HD+ Super AMOLED dengan Vision Booster untuk warna lebih jelas dan terang. Ditambah dengan teknologi Dolby Atmos, pengalaman hiburan anda akan menjadi lebih sinematik.

Untuk pengetahuan anda juga, Samsung Galaxy A26 5G ini juga menawarkan ketahanan bateri yang luar biasa, membolehkan anda menikmati sehingga 17 jam tontonan video atau pendengaran muzik tanpa gangguan dengan sekali cas penuh.

Tambahan, Samsung Galaxy A26 5G kini menyokong Circle to Search dengan Google, membolehkan anda mendapatkan maklumat hanya dengan melingkari objek dalam gambar.

Ketahanan Dan Keselamatan Maksimum

Siri Galaxy A terbaru ini juga direka dengan ketahanan tinggi, menampilkan pensijilan IP67 untuk ketahanan air dan debu. Bukan itu sahaja, Samsung turut menawarkan kemaskini untuk sistem operasi dan keselamatan sehingga 6 generasi.

Seperti model sebelum ini, siri Galaxy A baharu ini turut dilengkapi Samsung Knox Vault yang berfungsi untuk melindungi data peribadi anda.

Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang mendapatkan peranti ini dengan harga promosi serta hadiah bernilai sehingga RM429. Antara tawaran menarik termasuk e-baucar RM100, naik taraf storan percuma bernilai RM200 dan jaminan lanjutan selama satu tahun.

Untuk harga tawaran ketiga-tiga peranti ini, anda boleh mendapatkannya pada harga:

ModelRAM + MemoriHarga AsalHarga PromosiWarna Tersedia
Samsung
Galaxy A26 5G
6GB+128GB RM1,199RM999Black
Mint
Peach
Pink
8GB+256GB RM1,399RM1,199
Samsung
Galaxy A36 5G
6GB+128GB RM1,499RM1,299Awesome Lavender Awesome Black Awesome White Awesome Lime
12GB+256GB RM1,699RM1,499
Samsunh
Galaxy A56 5G
8GB+128GB RM1,999RM1,799Awesome Lightgray Awesome Graphite Awesome Olive Awesome Pink
12GB+256GB RM2,199RM1,999

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd