Aplikasi Pesanan Untuk Luckin Coffee Kini Tersedia Untuk Pengguna Huawei AppGallery

March 13, 2025
Aplikasi

Lina Rosli

Pada awal tahun 2025, sebuah jenama kopi popular dari China telah memasuki pasaran Malaysia – Luckin Coffee kini boleh dikunjungi di 5 lokasi utama di Lembah Klang.

Apa yang menarik di Luckin Coffee, pesanan minuman perlu dilakukan menggunakan aplikasi – yang mana pengguna perlu membuat pesanan terlebih dahulu sebelum tiba di kafe.

Sebelum ini, untuk aplikasi pesanan ini hanya tersedia untuk pengguna Apple App Store dan Google Play Store sahaja, tetapi kini, Luckin Coffee telah memperluaskan aksesibiliti aplikasinya kepada lebih ramai pengguna menerusi pelancaran aplikasi rasmi di Huawei AppGallery.

Langkah ini membolehkan pengguna peranti Huawei menikmati kemudahan membuat pesanan minuman kegemaran mereka secara atas-talian, tanpa perlu bergantung kepada gedung aplikasi pihak ketiga.

Selari dengan itu, untuk pengguna baharu, anda boleh menebus promosi minuman pada harga hanya RM2.99 sahaja untuk mana-mana minuman – sewaktu melakukan pesanan pertama.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd