UNIQLO Memperkenalkan Koleksi Linen Yang Selesa Untuk Cuaca Panas – Hadir Dengan 3 Jenis Linen Berbeza

March 13, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Khusus buat anda yang sentiasa aktif dan bergerak pantas setiap hari, UNIQLO tampil dengan koleksi terbaru yang menepati keperluan individu iaitu koleksi Linen Musim Bunga/Panas 2025.

Menurut UNIQLO, koleksi linen ini mengutamakan keselesaan di samping menawarkan gaya yang serba boleh untuk individu moden.

Tiga Jenis Linen Untuk Keselesaan Maksimum

Di dalam koleksi ini, UNIQLO menampilkan 3 jenis linen berbeza iaitu Premium Linen, Linen Blend dan Cotton Linen. Ketiga-tiga fabrik ini menampilkan kelebihan yang berbeza – yang boleh disesuaikan mengikut citarasa individu.

Premium Linen

Diperbuat daripada 100% European Flax, fabrik ini mempunyai warna yang kaya, tekstur lembut dan permukaan licin – yang mana jika dilihat secara kasar pada fabrik, ia kelihatan seakan berkilau tetapi tidak terlalu ketara.

Bukan itu sahaja, premium linen juga mempunyai kelebihan menyerap kelembapan dan cepat kering, menjadikannya ideal untuk cuaca lembap dan panas. Lebih menarik, fabrik ini menjadi lebih lembut dengan setiap cucian, menjadikannya pilihan yang tahan lama dan selesa.

Linen Blend

Bagi anda yang menggemari fabrik linen yang lebih lembut, koleksi pakaian menggunakan linen blend ini menampilkan babungan linen dengan fabrik lain seperti rayon memberikan rasa lebih halus dan flowy semula jadi.

Rekaan ini sesuai bagi mereka yang mahukan keseimbangan antara gaya kasual dan kemasan yang lebih kemas.

Cotton Linen

Akhir sekali, cotton linen merupakan campuran kapas dan linen memberikan keseimbangan antara kelembutan dan kesegaran sepanjang hari. Ia sangat sesuai untuk suasana santai, menjadikannya pilihan tepat untuk gaya kasual yang selesa.

Untuk tahun ini juga, UNIQLO memperkenalkan palet warna yang sesuai untuk sepanjang musim, termasuk tona pastel yang segar serta warna gelap yang mudah digayakan secara santai. Dengan set padanan linen yang direka khas untuk semua, UNIQLO memastikan setiap orang boleh menikmati gaya kasual yang sofistikated dengan mudah.

Komitmen Kepada Kelestarian

UNIQLO turut menitikberatkan tanggungjawab terhadap sumber bahan. Baju linen premium dalam koleksi ini diperbuat daripada 100% European Flax, yang memastikan ketelusan rantaian bekalan dan pemprosesan yang mesra alam. Setiap bahagian tumbuhan flax digunakan sepenuhnya tanpa pembaziran, sejajar dengan komitmen jenama terhadap kelestarian.

Pilihan Pakaian Untuk Semua Gaya

Untuk wanita, koleksi ini menawarkan baju seperti Premium Linen Shirt (RM149.90) dan Linen Blend Band Collar Shirt (RM129.90) yang ringan serta mudah dipadankan. Seluar Linen Blend Easy Pants (RM99.90) dan Linen Cotton Shorts (RM99.90) pula memberikan keselesaan sepanjang hari dengan potongan yang santai.

Bagi lelaki, staples klasik seperti Premium Linen Shirt (RM149.90), Cotton Linen Stand Collar Shirt (RM99.90), dan Cotton Linen Shirt (RM99.90) direka untuk tampilan ringan dan kemas. Ia boleh digayakan dengan Linen Blend Relaxed Pants (RM149.90) atau Linen Blend Easy Shorts (RM79.90) bagi keselesaan optimum dalam pelbagai situasi.

Koleksi Linen Musim Bunga/Panas 2025 ini bukan sekadar tentang gaya, tetapi juga keselesaan dan versatiliti. Dengan rekaan yang sesuai untuk semua, UNIQLO memastikan pemakaian linen bukan hanya trend bermusim, tetapi keperluan gaya hidup moden.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd