Skechers Hadir Dengan Koleksi Skechers Basketball – 5 Model Kasut Untuk Gaya Permainan Berbeza
Lina Rosli
Buat peminat sukan bola keranjang dan sneakerheads, Skechers kembali dengan koleksi terbaru mereka khusus untuk pemain bola keranjang – siri Skechers Basketball.
Menerusi koleksi ini, Skechers menampilkan barisan kasut berprestasi tinggi yang direka khas untuk kelajuan, kestabilan dan keselesaan, Skechers Basketball – menampilkan lima model utama iaitu SKX B-LITE, SKX NEXUS, SKX LEAGUE – LOW, SKX RESAGRIP dan SKX FLOAT.


Kesemuanya hadir dengan teknologi moden seperti HYPER BURST cushioning dan tapak luar Goodyear Performance untuk cengkaman lebih mantap.
Apa yang menarik juga, setiap model dalam koleksi ini direka khas untuk memenuhi keperluan pemain dengan gaya permainan yang berbeza:
- SKX B-LITE (RM499) – Ringan dengan tapak Goodyear untuk kestabilan tambahan.
- SKX NEXUS (RM359) – Direka untuk kelajuan dan kawalan di gelanggang.
- SKX LEAGUE – LOW (RM499) – Berprestasi tinggi dengan reka bentuk rendah untuk pergerakan pantas.
- SKX RESAGRIP (RM539) – Cengkaman mantap dengan teknologi Goodyear Resagrip.
- SKX FLOAT (RM799) – Untuk kestabilan maksimum dengan Hyper Burst core cushioning.





Bagi anda yang berminat, koleksi Skechers Basketball ini kini boleh didapati di rangkaian fizikal terpilih seperti 1Utama, The Exchange TRX, Suria KLCC, Sunway Pyramid, Pavilion KL dan Pavilion Bukit Jalil.
Dengan harga bermula dari RM359, inilah masa untuk peminat bola keranjang dan sneakers mendapatkan sepasang kasut berprestasi tinggi yang bukan sahaja bergaya tetapi juga memberi kelebihan di gelanggang.