Setelah meningkatkan harga barangan sebanyak RM0.20 pada Jun 2022, kini syarikat ini telah mengumumkan bahawa bermula 14 April 2025, mereka turut akan meningkat harga jualan barangan sekali lagi, dari RM2.40 kepada RM2.60 – manakala RM2.80 untuk kedai fizikal di Sabah, Sarawak dan Langkawi.

Menurut Eco-Shop, hal ini adalah disebabkan oleh kos pembuatan dan pengeluaran yang tinggi selain mereka ingin menjaga kualiti barangan jualan kepada pelanggan.
Walau bagaimanapun, untuk cawangan Eco-Plus, mereka masih menawarkan barisan produk yang menarik pada harga RM6.00 dan juga RM10.00.