KFC Jual Baju Raya Untuk Kucing Pada Harga RM44.90 – Eksklusif Di TikTok Shop

March 20, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Biasanya untuk Syawal, kebanyakan individu pastinya akan sibuk mencari baju raya untuk diri sendiri dan keluarga. Namun, bagaimana pula untuk keluarga empat kaki kita?

Oleh itu, KFC Malaysia tahun ini memperkenalkan baju raya edisi terhad khas untuk kucing, ditawarkan secara eksklusif di TikTok Shop KFC Malaysia – baju kebaya untuk kucing betina dan baju melayu untuk kucing jantan.

Lebih menarik, setiap pembelian baju raya ini turut disertakan dengan Zinger Burger, menjadikannya satu pakej yang cukup istimewa buat pemilik kucing dan juga peminat makanan segera.

Baju raya ini dijual pada harga RM44.90, menampilkan rekaan comel yang membolehkan “si bulus” bergaya di pagi Syawal. Dengan keunikan ini, ia bukan sahaja menjadi perhiasan menarik untuk haiwan peliharaan, malah boleh dijadikan sebagai koleksi eksklusif untuk pemilik yang gemar mengabadikan detik istimewa bersama kucing kesayangan mereka.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan baju raya eksklusif ini, anda boleh mendapatkannya hanya melalui TikTok Shop KFC Malaysia selagi stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd