Carian
IKEA Bakal Buka Gedung Fizikal Di Sarawak
March 21, 2025 Lina Rosli

Setelah hampir 29 tahun bertapak di Malaysia, iaitu sejak tahun 1996 – yang mana pada ketika itu gedung pertama IKEA adalah di 1Utama, kini jenama perabot dan kelengkapan rumah ini telahpun mempunyai memperluaskan penawaran mereka ke lebih banyak cawangan lagi.

Untuk yang tidak mengetahui, buat masa ini, IKEA telahpun mempunyai sekitar 4 gedung utama di Malaysia iaitu IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Batu Kawan dan IKEA Tebrau. Selain daripada gedung ini, IKEA sebenarnya aktif dalam menawarkan akses kepada pelanggan mereka menerusi – pembukaan pop-up store di beberapa lokasi terpilih di sekitar Malaysia.

Dan pada tahun 2025 ini, IKEA nampaknya merancang untuk membuka sebuah lagi gedung fizikal di Malaysia Timur iaitu di Sarawak.

Berdasarkan perkongsian IKEA, langkah awal telah diambil menerusi pengenalan dan pelancaran platform edagang khusus untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak pada 4 Februari lalu. Dengan adanya platform ini, pelanggan kini boleh membeli produk IKEA dengan lebih mudah tanpa perlu bergantung kepada kedai fizikal di Semenanjung Malaysia.

Bukan itu sahaja, dengan perkembangan ini juga, ia sedikit sebanyak memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Ini kerana sebelum ini, terdapat cabaran melibatkan aksesibiliti dan kos penghantaran yang tinggi – perlu ditanggung pelanggan di rantau ini.

Komen