Maniskan Raya Dengan Siri Minuman Jagung Baharu Dari ZUS Coffee

March 25, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bersempena Syawal ini, ZUS Coffee memperkenalkan siri minuman jagung baharu – iaitu Corn Series yang menjanjikan rasa unik serta nostalgia yang mengingatkan kepada keenakan pencuci mulut buatan sendiri.

Siri minuman ini hadir dalam dua pilihan, iaitu Corn Latté panas dan sejuk dan juga variasi minuman ais kisar iaitu Creamy Corn Frappé.

Bagi penggemar kopi yang menginginkan sedikit kelainan, Corn Latté menggabungkan rasa manis jagung dengan kehangatan espresso yang seimbang. Ia sesuai dinikmati sebelum memulakan hari yang penuh dengan kunjungan dan sesi perbualan panjang bersama keluarga serta rakan-rakan.

Bagi mereka yang lebih gemarkan sesuatu yang menyegarkan, Creamy Corn Frappé menawarkan kombinasi tekstur yang berkrim dan rasa jagung yang kaya. Minuman ini menjadi pilihan terbaik untuk menyejukkan badan selepas seharian menghadiri rumah terbuka.

Dengan keunikan rasa yang diilhamkan daripada pencuci mulut klasik, Corn Series dari ZUS Coffee pastinya menambah keceriaan musim perayaan. Harga jualan untuk minuman ini:

  • Corn Latté – RM11.20
  • Creamy Corn Frappé – RM15.20

Sama ada untuk dinikmati bersama ahli keluarga atau sebagai pelengkap sesi santai, minuman ini membawa sentuhan baharu kepada tradisi Raya yang sedia ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd