Gigi Coffee Memperkenalkan Menu Minuman Baharu – Siri Ruby Untuk Lebaran
Lina Rosli
Gigi Coffee memperkenalkan Ruby Series, satu rangkaian minuman edisi terhad yang diinspirasikan daripada keunikan dan keistimewaan batu delima, simbol keabadian dan kemewahan – sesuai untuk musim perayaan ini.
Untuk siri Ruby ini, ia menampilkan tiga pilihan minuman yang dirumus khas untuk memberi pengalaman rasa yang unik:
- Ruby Crème Latte (RM14.00) – Gabungan kopi dan krim yang lembut serta mempunyai rasa yang kaya.
- Ruby Chocolate Green Tea (RM15.00) – Menampilkan minuman berasaskan teh hijau dan dicampurkan dengan coklat untuk keseimbangan rasa yang menyegarkan
- Ruby Chocolate Mocha (RM16.00) – Minuman berasaskan espresso dengan kombinasi coklat yang memikat

Untuk siri ini juga, di setiap pembelian minuman siri Ruby, Gigi Coffee menyertakan dengan set pelekat kolaborasi eksklusif bersama @annjfr serta sampul raya edisi khas.
- Dapatkan set pelekat dan juga poskad (rekaan rawak) – khas untuk pembelian minimum RM30.
- Dapatkan set sampul raya – khas untuk pembelian minimum RM50.

Bagi yang berminat, siri Ruby ini boleh didapati di semua cawangan Gigi Coffee dan juga menerusi aplikasi Gigi Coffee. Raikan kehangatan Lebaran bersama minuman istimewa ini sambil mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.