Moodboard UNIQLO U – Inspirasi Untuk Gaya Suai & Padan Menggunakan Koleksi UNIQLO Musim Ini
Lina Rosli
Setiap musim hadir dengan gaya dan warna tersendiri. Jadi, untuk musim bunga/panas 2025, UNIQLO U memperkenalkan koleksi yang menampilkan palet pastel lembut dengan sentuhan ungu pop yang segar.
Dan untuk membantu anda menggayakan setiap pakaian dari koleksi ini, UNIQLO menampilkan moodboard eksklusif untuk koleksi musim bunga/panas 2025. Dengan ini, ia akan memberikan inspirasi bagaimana anda boleh menggayakan setiap item dengan gaya yang moden dan praktikal.

Jika anda sedang mencari idea untuk suai dan padan, berikut adalah beberapa cadangan berdasarkan moodboard UNIQLO U.
#1 Pastel Minimalist
Untuk penampilan yang tenang dan bersih, padankan kemeja putih longgar dengan seluar kuning pastel atau krim.
Moodboard UNIQLO menekankan elemen sederhana dengan potongan yang kemas dan warna yang harmoni. Tambahkan aksesori seperti shoulder bag berwarna ungu pop untuk sedikit kontras yang menarik. Kasut loafers atau sneakers putih boleh melengkapkan gaya ini.

#2 Streetwear Kasual
Denim Bermuda Shorts yang diperkenalkan dalam koleksi kali ini boleh dipadankan dengan SUPIMA Cotton Oversized T-shirt untuk gaya yang santai tetapi tetap bergaya. Berdasarkan moodboard UNIQLO, penambahan UV Protection Hat dan kasut slip-on memberi sentuhan ranggi yang lebih urban dan selesa.
#3 Layered Chic
Jika anda gemar bermain dengan lapisan pakaian, gabungkan SUPIMA Cotton Sheer Long T-shirt bersama Hooded Blouson untuk penampilan yang lebih dinamik.
Moodboard UNIQLO menunjukkan bagaimana pemakaian lapisan dalam warna senada mencipta gaya yang lebih minimal tetapi tetap bergaya. Padankan dengan seluar jogger atau skirt midi untuk keseimbangan antara kasual dan kemas.
#4 Utilitarian Edge
Fesyen yang menggabungkan elemen praktikal dan bergaya semakin menjadi pilihan ramai. Cotton Hooded Coat boleh dipadankan dengan kemeja butang dan seluar potongan lurus untuk gaya yang sesuai ke tempat kerja mahupun acara santai.
Berdasarkan moodboard UNIQLO, kasut boots atau sneakers chunky memberikan karakter yang lebih menarik kepada gaya ini.

#5 Feminin Dan Elegan
Untuk gaya yang lebih feminin, dress daripada koleksi ini boleh digayakan dengan jaket ringan atau kardigan berwarna pastel. UNIQLO menampilkan kombinasi warna lembut dalam moodboard mereka untuk menonjolkan keanggunan dalam kesederhanaan.
Kemudian, pilih aksesori minimalis seperti rantai kecil atau beg tangan berona neutral untuk tampilan yang lebih menonjol.
Dengan koleksi UNIQLO U yang bersifat tidak cenderung kepada jantina dan versatil, serta inspirasi terus dari moodboard eksklusif mereka, anda boleh bereksperimen dengan pelbagai kombinasi tanpa batasan. Yang penting, pilih gaya yang paling mencerminkan personaliti anda. Jadi, gaya mana yang menjadi pilihan anda untuk musim ini?