Kinder Schoko-Bons Crispy Kini Di Malaysia – Snek Ranggup Di Luar Dan Berkrim Di Dalam
Lina Rosli
Jika anda sedang mencari snek comel dan sedap untuk dikongsi dengan keluarga, Kinder, jenama yang memang tak asing lagi dengan pelbagai coklat dan konfeksi yang manis dan menarik, kini memperkenalkan Kinder Schoko-Bons Crispy di pasaran Malaysia.
Berbeza daripada varian Schoko-Bons yang sedia ada, versi terbaharu ini menampilkan rekaan berbentuk bujur bersaiz gigitan yang mudah dinikmati oleh semua lapisan umur. Di sebalik lapisan luar biskut wafer yang rangup dan disalut dengan coklat susu serta taburan koko, di dalamnya terdapat inti berkrim susu dan koko yang lembut – memberikan pengalaman rasa yang unik dan memuaskan dalam setiap gigitan.


Pelancaran Kinder Schoko-Bons Crispy ini bukan sekadar memperkenalkan snek baharu, tetapi turut membawa mesej yang lebih besar – iaitu menggalakkan lebih banyak detik berkualiti bersama keluarga menerusi perkongsian snek yang menyeronokkan.
Sama ada dinikmati di rumah, di sekolah, mahupun ketika dalam perjalanan, snek ini sesuai untuk pelbagai situasi harian.
Untuk pasaran Malaysia, Kinder Schoko-Bons Crispy ditawarkan dalam dua variasi pek iaitu T4 dan T12, dan boleh didapati di pelbagai rangkaian pasar raya serta kedai serbaneka seperti 7-Eleven, 99 Speedmart dan Lotus’s.