Kini Setahun Di Malaysia, Tim Hortons Sudah Mempunyai 6 Buah Cawangan Dan Bakal Buka 2 Lagi Cawangan Baharu
Lina Rosli
Selepas setahun melebarkan sayapnya di Malaysia, Tim Hortons kini mempunyai 6 buah cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Sunway Velocity Mall, IOI City Mall Putrajaya, AEON Mall Bukit Tinggi, USJ Taipan, Sunway Pyramid dan 1 Utama.
Dan pada tahun 2025, Tim Hortons juga dijangka akan membuka dua lagi cawangan baharu iaitu di AEON Mall Shah Alam dan juga Sunway Putra Mall.

Selari dengan pengumuman penambahan cawangan, jenama kedai kopi dan donut dari Kanada, Tim Hortons turut mengumumkan yang mana mereka telahpun menerima pengiktirafan halal oleh JAKIM.
Dengan adanya sijil Halal ini, ia secara tidak langsung menunjukkan usaha Tim Hortons dalam memastikan pengalaman kulinari terbaik dan diyakini – terutamanya bagi pelanggan yang mengutamakan jaminan Halal untuk produk minuman dan juga makanan.

Bagi yang tidak mengetahui, pengiktirafan Halal ini sebenarnya melibatkan beberapa aspek di dalam proses penyediaan makanan. Ia bermula dengan proses pemilihan bahan, proses pembuatan hingga ke pembungkusan – yang mana perlulah mematuhi standard yang ditetapkan oleh JAKIM.