Skechers Perkenal Koleksi SkechVibe – Kolaborasi Bersama Haris Rashid Bagi Mengangkat Seni Tempatan Dalam Dunia Fesyen

April 18, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Skechers mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama pelukis Malaysia yang diiktiraf, Haris Rashid – bagi mengangkat seni tempatan di dalam dunia festen.

Menerusi pengenalan koleksi baharu yang dinamakan Skechers SkechVibe Collection, jenama ini bukan sahaja menekankan aspek keselesaan yang menjadi identitinya, malah turut menyemai unsur budaya dan warisan Malaysia dalam bentuk fesyen harian yang versatil.

Koleksi ini menampilkan kemeja-T oversized dan tote bag edisi terhad, dengan rekaan yang diinspirasikan oleh keindahan biodiversiti Malaysia. Setiap helaian merupakan manifestasi karya seni Haris Rashid yang terkenal dengan penggunaan warna yang berani serta gaya lukisan yang membawa naratif tersendiri.

Melalui kolaborasi ini, Haris Rashid mengangkat elemen seperti burung enggang, bunga kantan, wau tradisional dan rama-rama ke dalam rekaan yang bukan sahaja estetik, malah sarat dengan simbolik.

Antara rekaan yang ditawarkan termasuk:

  • Kemeja-T Unisex (RM159)
    • Versi Hitam: Menampilkan burung enggang dengan latar kayu dan flora, dilatari cahaya matahari senja yang hangat.
    • Versi Putih: Menggabungkan motif batik dengan rama-rama dan bunga kantan, menampilkan gabungan elemen tradisional dan kontemporari.
    • Versi Hitam (Alternatif): Direka dengan inspirasi wau tradisional, rekaan ini menggabungkan warna ungu dan jingga dalam komposisi bulatan yang melambangkan pergerakan dan keseimbangan.
  • Tote Bag Kanvas (RM99)
    Diperbuat daripada fabrik kapas twill yang tahan lama – beg ini dihiasi corak flora bersama logo “S” Skechers.

Bagi yang berminat, koleksi Skechers SkechVibe kini boleh didapati untuk tempoh terhad di butik Skechers terpilih seperti:

  • Pavilion KL
  • Pavilion Bukit Jalil
  • Pavilion Damansara Heights
  • Suria KLCC
  • The Exchange TRX Mall
  • 1 Utama Shopping Centre

Ia turut boleh dibeli secara dalam talian menerusi platform Shopee dan Lazada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd