ZUS Coffee Perkenal Siri Macchiato Di Beberapa Cawangan Terpilih – Pilihan Minuman Kurang Kafein Yang Mesra Kanak-Kanak
Lina Rosli
ZUS Coffee sekali lagi tampil dengan inovasi baharu dalam rangkaian minuman mereka – menerusi pengenalan siri Macchiato. Boleh didapati di beberapa rangkaian ZUS Coffee terpilih bermula 21 April 2025, pilihan minuman terbaharu ini memfokuskan kepada pilihan rendah kafein dan lebih mesra untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak.

Berbeza daripada siri kopi kebiasaan yang sarat dengan kafein, siri Macchiato ini hadir dengan empat perisa yang diinspirasikan oleh gabungan rasa klasik dan moden, dengan keunikan yang tersendiri.
- Nutty Macchiato – Minuman ini hadir dengan rasa kacang yang lembut dan berkrim, memberikan pengalaman minum yang selesa dan seimbang – tidak terlalu manis dan tidak terlalu kuat.
- Strawberry Macchiato – Diformulasi dengan rasa strawberi yang segar dan manis, pilihan ini sesuai untuk mereka yang menggemari rasa buah-buahan dan ingin sesuatu yang ringan dan menyegarkan.
- Chocolate Macchiato – Menawarkan rasa coklat yang kaya dan penuh, ia menjadi pilihan utama bagi pencinta coklat – baik kanak-kanak mahupun dewasa.
- Gula Melaka Macchiato – Menggabungkan elemen tempatan dengan rasa moden, minuman ini menonjolkan kemanisan semula jadi gula Melaka, menjadikannya sebagai satu pilihan yang autentik dan memikat.
Pelancaran siri ini bukan sahaja memperluaskan lagi pilihan untuk pelanggan ZUS Coffee, malah memperkukuh identiti jenama sebagai penyedia minuman berkualiti tinggi yang memahami keperluan gaya hidup pelbagai lapisan masyarakat.
Setakat ini, siri Macchiato ini ditawarkan di beberapa kawasan terpilih iaitu di Selangor, Putrajaya, Kelantan dan Terengganu:
Selangor
- Saujana Utama
- Seri Pristana, Sungai Buloh
- Seksyen 19, Shah Alam
- Plaza Shah Alam
Putrajaya
- Alamanda Shopping Centre
- Presint 15, Putrajaya
- Suasana PjH, Putrajaya
Kelantan
- Bandar Baru Jelawat, Bachok
- Bandar Baru Pasir Puteh
- Bandar Tasek Raja, Pasir Mas
- H Elite Design Hotel, Tunjong
- Pasir Tumboh, Kota Bharu
- Wakaf Che’ Yeh, Kota Bharu
Terengganu
- Dataran Austin
- Jalan Sura Gate, Dungun
- Jerteh
- Kerteh
- Kuala Berang
- Kampung Laut, Kuala Terengganu
- Mayang Mall
- Panji Curve, Kuala Terengganu
- Pusat Niaga Paka
- Universiti Sultan Zainal Abidin (Laman Selera)