Guerlain Buka Bee Garden Pop-Up Di The Exchange TRX – Bermula 28 April Hingga 11 Mei 2025
Lina Rosli
Guerlain bakal memperlihatkan Bee Garden Pop-Up di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, yang akan dibuka dari 28 April hingga 11 Mei 2025.
Ini adalah acara pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang menggabungkan kecantikan, wangian dan kelestarian alam dalam satu pengalaman yang unik dan imersif.

Bee Garden Menampilkan Konsep Yang Memfokuskan Kepada Keindahan Alam Sekitar
Menurut Gurlein, Bee Garden merupakan acara yang menyatukan penjagaan kulit, solekan dan wangian dalam satu ruang yang diinspirasikan oleh alam semula jadi. Ruang ini direka memfokuskan pada kemewahan dan memberikan pengunjung peluang untuk merasai pengalaman kecantikan yang berbeza – sekaligus menonjolkan seni kecantikan Guerlain serta komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar.
Pengunjung Bee Garden akan dibawa dalam perjalanan multi-sensori yang memukau, bermula dengan pengalaman ASMR Immersion, yang menyatukan bunyi yang menenangkan dan visual menarik untuk menceritakan legasi Guerlain dan dedikasinya kepada kelestarian alam.

Ini diikuti dengan sesi konsultasi penjagaan kulit yang memperkenalkan produk terbaru, Abeille Royale Youth Watery Oil Serum, memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai kesan transformasi produk ini.
Bagi penggemar wangian, pengalaman mereka akan diperdalamkan melalui koleksi L’Art & La Matière, di mana perunding pakar akan membantu mereka memilih wangian yang sesuai dengan personaliti masing-masing.
Dalam aspek solekan, pengunjung boleh menikmati sesi konsultasi kecantikan artisanal untuk mencipta penampilan semula jadi yang anggun atau memilih untuk mendapatkan sentuhan segar dengan sesi solekan kilat selama 10 minit.
Ciptaan Ikonik Guerlain
Bee Garden juga menampilkan ciptaan ikonik Guerlain, antaranya Abeille Royale Skincare Collection, dengan pelancaran semula Abeille Royale Youth Watery Oil Serum, yang diperkaya dengan tiga jenis madu hitam dan royal jelly untuk memberi kesan anti-penuaan yang ketara.
Selain itu, Terracotta Le Teint Glow foundation yang memberikan hidrasi 24 jam dan menghasilkan cahaya semula jadi pada wajah, menonjolkan konsep kecantikan yang menggabungkan penjagaan kulit dan solekan.
Koleksi L’Art & La Matière Fragrance pula menghidangkan pengalaman wangian yang luar biasa, dengan ciptaan terbaru seperti Pêche Mirage, yang menggabungkan rasa manis pic, safron dan osmanthus untuk mencipta pengalaman deria yang memikat.

Kerjasama dengan Lachér Patisserie
Dalam meraikan Bee Garden Pop-Up, Guerlain turut mengumumkan kerjasama dengan Lachér Patisserie, jenama pencuci mulut berinspirasikan Perancis yang terkenal dengan rekaan manisnya yang elegan.
Bersama-sama, mereka memperkenalkan menu pencuci mulut edisi terhad yang dirancang khas untuk mencerminkan kekayaan dan keanggunan wangian Guerlain, menyajikan satu pengalaman multisensori yang menggabungkan rasa dan bau dengan sempurna.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Bee Garden Pop-Up Guerlain di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, ia akan membuka pintunya kepada pengunjung dari 28 April hingga 11 Mei 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman kecantikan yang menggabungkan elemen kelestarian alam dan kemewahan Guerlain.