Dato’ M. Nasir Muncul Di Dalam Iklan Wonda Coffee – Dan Ya, Itu Memang Beliau

April 23, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini, pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang dikejutkan dengan satu kemunculan luar biasa di papan iklan digital — wajah seorang lagenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir. Bukan sebagai penghias produk kosmetik, bukan juga sebagai wajah kempen kesihatan. Tetapi, beliau muncul sebagai ‘muka depan’ untuk jenama kopi, Wonda Coffee.

Nampaknya, menerusi kempen ini, Wonda Coffee berjaya mencuri tumpuan yang bukan sahaja kreatif dan menghiburkan, malah cukup menarik dalam menggunakan isu yang sohor kini di media sosial.

Iklan papan iklan digital terbaru mereka menampilkan Dato’ M. Nasir sebagai duta kopi pilihan, lengkap dengan tanda tangannya dan satu ayat ringkas: 

“Kopi Wonda Kegemaran M. Nasir”

“Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia”

Menggunakan dua ayat penyata ini, ia secara tidak langsung menunjukkan yang mana kopi dari Wonda ini menjadi pilihan seniman tanah air ini. Tanpa sebarang elemen gimik, iklan ini mampu menarik perhatian dan mencetus perbualan hangat dalam kalangan pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang.

Jadi, sekiranya anda pengguna jalan-jalan utama di Lembah Klang, jangan lupa untuk berhenti merakam gambar Dato’ M. Nasir bersama kopi dari Wonda Coffee dan kemudian terus menuju ke pasaraya atau kedai serbaneka berdekatan anda untuk mendapatkan kopi lazat ini untuk anda dan keluarga.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, jenama kopi ZUS turut menampilkan seorang lelaki memegang mikrofon – seakan-akan Dato’ M. Nasir – namun kemudiannya diketahui bahawa lelaki tersebut sebenarnya ialah seorang guru matematik dari Kedah yang gemar berkaraoke. 

Perbandingan antara dua iklan ini bukan sahaja lucu, malah menunjukkan kejelasan strategi pemasaran yang pintar oleh pihak Wonda.

Pendekatan Wonda menggunakan figura yang benar-benar ikonik dan dikenali ramai memberikan kelebihan dari segi kredibiliti dan daya tarikan. Bagi pengguna jalan raya yang memahami konteks iklan ini, sudah tentu mesejnya tetap sampai dan mampu membuat penonton tersenyum sendiri. Ia juga mendorong pengguna untuk berkongsi detik lucu ini sama ada melalui media sosial atau dalam perbualan santai bersama rakan dan keluarga.

Mengapa Dato’ M. Nasir? Mengapa Wonda Coffee?

Memilih Dato’ M. Nasir sebagai wajah utama bukan keputusan biasa. Ia adalah satu simbol bahawa Wonda kini sedang membawa jenama mereka ke satu dimensi baharu — daripada sekadar kopi segera kepada satu jenama yang menyentuh jiwa tempatan.

Dato’ M. Nasir dikenali sebagai tokoh seni yang kekal relevan, sentiasa berevolusi dan memiliki nilai autentik yang tinggi — sama seperti nilai yang ingin diangkat oleh Wonda Coffee.

Gabungan ini juga seolah-olah satu ‘lafaz tak rasmi’ bahawa kopi Wonda adalah pilihan mereka yang menghargai keaslian. Tanpa perlu memaksa atau meniru, iklan ini mencipta momentum melalui kejujuran dan kekuatan identiti.

Jadi, kalau anda masih tertanya-tanya tentang iklan tersebut: ya, itu memang M. Nasir. Dan ya, jangan lupa untuk mendapatkan secawan kopi Wonda kegemaran anda selepas ini.

Penafian: Advertorial Dari Wonda Coffee

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd