Promosi 1 Hari Untuk Pelajar SPM 2024 – Tebus ¼ Ayam Secara Percuma Di Nando’s Malaysia
Lina Rosli
Dalam meraikan usaha dan pencapaian pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024, Nando’s Malaysia menawarkan satu ganjaran istimewa iaitu ¼ ayam percuma kepada semua calon yang hadir bersama slip keputusan asal mereka.
Tawaran ini hanya sah untuk satu hari sahaja, iaitu pada 24 April 2025. Pelajar yang ingin menebus ayam percuma ini perlu hadir ke mana-mana cawangan Nando’s di seluruh negara dan menunjukkan salinan fizikal slip keputusan SPM 2024 mereka.

Menariknya, promosi ini tidak menetapkan sebarang syarat berkaitan gred atau keputusan – sama ada calon memperoleh keputusan cemerlang atau sebaliknya, semua layak menikmati tawaran ini selagi slip asal dapat dikemukakan.
Syarat-syarat penebusan termasuk:
- Hanya slip keputusan asal (fizikal) SPM 2024 yang diterima.
- Satu slip keputusan hanya layak untuk satu penebusan ayam ¼ percuma.
- Tawaran ini hanya sah untuk pelanggan yang dine-in, tidak termasuk bawa pulang atau penghantaran.
- Promosi ini tertakluk selagi stok masih ada.

Bagi mereka yang ingin menikmati promosi ini, pastikan anda merancang awal dan membawa slip keputusan asal pada tarikh yang ditetapkan. Jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera secara percuma di Nando’s.