Tawaran Istimewa Untuk Pelajar SPM 2024 – Minuman Handcrafted 12oz Hanya RM10 Di The Coffee Bean & Tea Leaf

April 24, 2025
Promosi

Lina Rosli

Bagi anda yang baru sahaja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024, jangan lupa untuk menebus promosi istimewa dari The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Ini kerana CBTL menawarkan kepada para pelajar SPM 2024 promosi pembelian minuman handcrafted 12oz pada harga hanya RM10 sahaja.

Promosi ini akan berlangsung selama 7 hari iaitu bermula 24 hingga 30 April 2025. Untuk menebusnya, pelajar yang menunjukkan slip keputusan asal SPM 2024 bersama kad pengenalan (IC) di mana-mana cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf.

Butiran tawaran:

  • Tempoh sah: 24 – 30 April 2025
  • Harga: RM10 untuk satu minuman handcrafted 12oz
  • Syarat: Perlu menunjukkan slip keputusan asal SPM 2024 dan kad pengenalan
  • Sah di semua cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf

Pihak The Coffee Bean & Tea Leaf juga menekankan bahawa promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat, dan hanya sah selagi stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd