Jom Cuba Coffizz Sparkling Brew – Menampilkan Perisa Coffizz Original & Zesty Lime
Lina Rosli
Sebelum ini ZUS Coffee telahpun sedia hadir dengan inovasi yang menggabungkan minuman berkarbonat bersama kopi menerusi ZUS Coffizz. Dan kini, hadir dengan gabungan yang diperbaharui, ZUS Coffizz terdapat dua pilihan rasa yang menarik iaitu ZUS Coffizz Original dan ZUS Coffizz Zesty Lime.
ZUS Coffizz Original menawarkan rasa kopi yang lebih klasik dengan sensasi berkarbonat yang memberikan kelainan.
Manakala, ZUS Coffizz Zesty Lime hadir dengan rasa sitrus yang menyegarkan, sesuai untuk mereka yang mencari minuman ringan dengan sedikit keasidan.

Untuk pilihan Zesty Lime, ZUS menyatakan yang mana ia diperbuat daripada jus limau sebenar. Ini sekaligus menjadikan rasa kopi dan limau ini lebih unik dan lazat.
Bagi yang berminat, siri ZUS Coffizz baharu ini dijual di laman rasmi ZUS Shop pada harga RM84.00 untuk 24 tin.