Tawaran Istimewa Untuk Pelajar SPM 2024: 11 Promosi Menarik Yang Anda Boleh Nikmati

April 24, 2025
Promosi

Lina Rosli

Keputusan SPM 2024 telah diumumkan dan jenama-jenama di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk meraikan pelajar yang telah berusaha keras sepanjang tahun.

Sama ada anda memperoleh keputusan cemerlang atau sebaliknya, setiap usaha layak diraikan. Berikut adalah 10 promosi istimewa yang boleh anda nikmati bermula 24 April 2025:

1. Nando’s – ¼ Ayam Percuma

Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 yang asal di mana-mana cawangan Nando’s dan dapatkan ¼ ayam secara percuma. Sah untuk dine-in sahaja dan terhad kepada satu penebusan bagi setiap slip. Tawaran ini sah pada 24 April 2025 sahaja, selagi stok masih ada.

2. Tealive – Beli 2 Minuman RM16 (Dalam Aplikasi Sahaja)

Nikmati dua minuman Tealive pada harga RM16 menerusi aplikasi Tealive dengan menggunakan kod promosi APRHSG. Sah dari 24 hingga 26 April 2025, untuk minuman bernilai RM11 ke bawah (saiz Regular dan Large sahaja).

3. TGI Fridays – A+ Hearty Meal RM17

Tunjukkan slip SPM anda dan nikmati set A+ Hearty Meal yang mengandungi Crispy Chicken Fingers dan minuman Coca-Cola tanpa had pada harga RM17 sahaja. Sah dari 24 hingga 30 April, dine-in sahaja di semua cawangan TGI Fridays.

4. Kenny Rogers ROASTERS – Diskaun 50% Untuk Kenny’s Quarter Meal

Hanya pada 24 April 2025, pelajar yang menunjukkan slip keputusan SPM 2024 asal boleh menikmati diskaun 50% untuk Kenny’s Quarter Meal. Sah untuk dine-in di semua cawangan kecuali KRR Kemaman dan terhad kepada 50 penebusan setiap cawangan.

5. Boat Noodle – Iced Blue Butterfly & Semangkuk Pathumthani Chicken Percuma

Raikan keputusan anda bersama rakan di Boat Noodle dan nikmati minuman Iced Blue Butterfly dan semangkuk Pathumthani Chicken secara percuma untuk pelajar yang memperoleh A untuk mana-mana mata pelajaran.

Sah dari 24 hingga 26 April, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, untuk dine-in sahaja dengan menunjukkan slip SPM 2024.

6. Yolé – Percuma Cup (M) Untuk Pelajar Straight A

Pelajar yang mendapat semua A boleh menebus satu cup Yolé bersaiz M secara percuma dengan topping tanpa had. Untuk pelajar lain, setiap pembelian cup Yolé (M) datang dengan topping tanpa had. Sah pada 24 April 2025 sahaja di semua cawangan Yolé Malaysia.

7. Starbucks – Minuman Grande Pada Harga RM10

Tampil dengan pakaian berwarna hijau dan ikuti akaun rasmi Starbucks Malaysia untuk menikmati minuman Grande pada harga RM10. Sah pada 24 April 2025, dan hanya untuk pembelian di kedai (tidak sah untuk penghantaran atau pesanan mudah alih).

8. Gigi Coffee – Beli 1 Percuma 1

Bersempena keputusan SPM, Gigi Coffee menawarkan promosi Buy 1 Get 1 Free. Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 anda dan nikmati dua minuman pada harga satu. Tawaran sah pada 24 April 2025 sahaja di semua cawangan terlibat.

9. The Coffee Bean & Tea Leaf – Minuman Handcrafted Pada Harga RM10

The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) menawarkan kepada para pelajar SPM 2024 promosi pembelian minuman handcrafted 12oz pada harga hanya RM10 sahaja.

Promosi ini akan berlangsung selama 7 hari iaitu bermula 24 hingga 30 April 2025. Untuk menebusnya, pelajar yang menunjukkan slip keputusan asal SPM 2024 bersama kad pengenalan (IC) di mana-mana cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf.

10. US Pizza – Personal Aloha Pizza RM2

Nikmati Personal Aloha Pizza pada harga hanya RM2 apabila anda menunjukkan slip SPM 2024 asal di cawangan US Pizza yang terpilih. Tawaran sah pada 24 April 2025, dari 3 petang hingga 5 petang, untuk dine-in sahaja dan satu penebusan bagi setiap resit.

11. Pizza Hut – Minuman Atau Sup Percuma

Pizza Hut menawarkan promosi menarik untuk graduan SPM 2024. Tunjukkan slip keputusan anda pada 24 hingga 25 April 2025 dan nikmati satu minuman percuma jika makan di tempat, atau satu sup percuma jika dibawa pulang.

Lebih menarik lagi, jika anda datang antara jam 3 petang hingga 5 petang, anda berpeluang menjadi antara yang terawal dan mendapat Hut’s Sliders percuma! Tetapi ingat, tawaran ini terhad kepada 10,000 unit sahaja di seluruh negara, jadi cepat-cepat ke Pizza Hut dan jangan lepaskan peluang!

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2024!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd