Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender – Dilengkapi Teknologi Smart IONTM
Lina Rosli
Bagi kebanyakan individu, mencuci pakaian boleh menjadi tugas yang memenatkan, terutama apabila perlu menggunakan pelbagai produk – pencuci, pelembut dan pewangi. Dengan jadual yang sibuk, ia sering kali terasa seperti satu beban.
Namun, kini ada penyelesaian mudah dan berkesan, iaitu menggunakan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender. Produk ini menggabungkan tiga fungsi dalam satu iaitu mencuci, melembutkan dan mengharumkan pakaian. Dengan ini, anda tidak lagi perlu menggunakan pelembut atau pewangi tambahan.

Menurut Daia, pencuci Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender menggunakan Formula 2X Kuasa Membersih yang mampu menghilangkan kotoran degil dengan lebih mudah. Haruman lavender yang lembut akan memastikan pakaian anda sentiasa wangi sepanjang hari, walaupun selepas dijemur di dalam rumah.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan perlindungan antibakteria 99.9% – ini sekaligus membuatkan pakaian anda lebih selamat untuk digunakan, terutamanya untuk anak-anak.
Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender juga dilengkapi dengan Teknologi Smart IONTM, yang memastikan kotoran tidak melekat semula pada pakaian selepas dicuci. Jadinya, pakaian menjadi bersih untuk tempoh yang lebih lama.


Selain itu, pencuci Daian ini juga berupaya menjaga kualiti fabrik dan selamat untuk kulit, menjadikannya pilihan tepat untuk keluarga.
Bagi yang berminat, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender ini boleh didapati dalam bentuk cecair dan serbuk. Harga runcit yang disyorkan untuk cecair detergen adalah RM26.90 untuk 3.6kg, RM11.90 untuk 1.5kg, dan RM15.90 untuk sabun serbuk 2.1kg.
Semua produk ini boleh didapati di kedai-kedai seluruh Malaysia.