Skechers Hadir Dengan Koleksi Street Shadow Terbaharu – Gabungan Gaya Y2K Dan Teknologi Keselesaan

April 25, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Skechers baru-baru ini memperkenalkan Skechers Street Shadow Collection – satu koleksi kasut yang menggabungkan estetika Y2K yang berani dengan teknologi moden. Menerusi rekaan yang diinspirasikan oleh gaya awal tahun 2000-an, koleksi ini direka untuk peminat gaya serta mereka yang mementingkan keselesaan.

Untuk pengetahuan anda, koleksi ini menampilkan dua siluet utama yang direka untuk lelaki dan wanita – Stellar OG dan Stellar 90 – masing-masing dengan ciri tersendiri yang memenuhi keperluan gaya hidup aktif di bandar.

Skechers Street Shadow – Stellar OG

Model ini menampilkan rekaan lace-up dengan gabungan bahan yang diperbuat daripada kulit yang selesa dan mudah bernafas – serta mesh yang memberikan ketahanan dan pengudaraan yang baik.

Untuk tapak dalam, Skechers Street Shadow Stellar OG menggunakan teknologi Skechers Air-Cooled Memory Foam, direka untuk keselesaan maksimum sepanjang hari, manakala outsole fleksibel menawarkan cengkaman dan pergerakan yang lancar dalam persekitaran bandar.

Bagi yang berminat, Skechers Street Shadow Stellar OG ditawarkan pada harga RM429 sepasang.

Skechers Street Shadow – Stellar 90

Stellar 90 pula tampil dengan gaya lebih menonjol, menampilkan kemasan duraleather metalik iaitu fabrik kulit yang selesa, panel mesh untuk pengudaraan serta midsole lut sinar yang memberikan sentuhan futuristik. Sama seperti Stellar OG, model ini juga dilengkapi Skechers Air-Cooled Memory Foam dan tapak luar fleksibel yang menyokong setiap langkah dengan penuh keselesaan.

Untuk Skechers Street Shadow Stellar 90, ia ditawarkan pada harga RM429 sepasang.

Bagi yang berminat, koleksi Skechers Street Shadow kini boleh didapati di beberapa butik konsep terpilih termasuk Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, dan 1 Utama Shopping Centre.

Ia juga tersedia secara dalam talian menerusi Shopee, Lazada, dan laman rasmi skechers.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd