ChaTraMue X Oatside – Gabungan Lazat Teh Thai Dan Susu Oat Untuk Penggemar Minuman Berasaskan Tumbuhan

April 25, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Memastikan setiap individu boleh menikmati secawan teh Thai yang lazat dan menyelerakan, ChaTraMue kini dilihat hadir dengan pilihan minuman yang lebih sihat dan mesra alam – yang menggunakan susu oat sebagai pengganti susu segar biasa.

Untuk penawaran minuman berasaskan tumbuhan ini, ChaTraMue telahpun berkolaborasi bersama Oatside dalam menyediakan pilihan minuman yang lebih variasi kepada penggemar.

Menerusi kolaborasi ini, para penggemar boleh menikmati menu yang menggabungkan citarasa tradisional Thai bersama tekstur lembut dan berkrim susu oat. Malah dengan penawaran menu ini juga, ia secara tidak langsung membuka peluang kepada individu yang mengamalkan diet vegan ataupun individu yang mengalami laktosa-intoleran untuk mencuba kelazatan teh ChaTraMue ini.

Kerjasama ini menghasilkan empat variasi minuman baharu yang diinspirasikan daripada minuman klasik ChaTraMue, termasuk Coffee Milk, Cocoa Milk, Thai Tea dan Green Milk Tea. Susu oat bukan sahaja memberikan tekstur yang berkrim, malah mampu menyerlahkan lagi rasa teh tanpa menenggelamkan keaslian rasanya.

Apa yang menjadikan kolaborasi ini menarik adalah komitmen kedua-dua jenama dalam memperkenalkan pilihan lebih lestari dalam industri makanan dan minuman. Oatside, sebagai jenama yang terkenal dengan penggunaan bahan semula jadi dan proses penghasilan yang mesra alam, dilihat sebagai rakan strategik yang ideal untuk ChaTraMue yang mahu menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan mereka tanpa mengorbankan kualiti dan rasa asli.

Bagi yang berminat untuk mencuba, ChaTraMue x Oatside kini boleh didapati di cawangan terpilih, dan dijangka akan menarik perhatian bukan sahaja peminat teh Thai, tetapi juga penggemar alternatif berasaskan tumbuhan yang mencari rasa yang lebih autentik dan inovatif.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd