Maru Coffee kini memperkenalkan inovasi terbaharu mereka iaitu minuman kopi sedia minum yang di pek di dalam tin.
Menggunakan 100% biji kopi Arabica berkualiti tinggi, minuman dalam tin Maru ini menawarkan rasa kopi yang kaya dan memuaskan dalam bentuk yang lebih praktikal dan mudah dibawa. Produk ini kini boleh didapati di semua cawangan myNEWS, CU Mart, SuperValue dan kedai Maru Coffee di seluruh negara.

Tiga Variasi Perisa Untuk Peminat Kopi
Maru hadir dalam tiga pilihan rasa menarik yang disesuaikan dengan citarasa berbeza:
- Americano – Kopi asli dengan rasa yang berani dan menyegarkan – turut menawarkan jumlah kalori rendah
- Mocha Latte – Gabungan rasa coklat dan kopi yang lembut, berkrim serta kaya dengan rasa memanjakan.
- Cappuccino – Minuman seimbang dengan kemanisan sederhana dan rasa espresso yang lengkap.
Bersempena pelancaran ini, minuman dalam tin Maru ditawarkan pada harga pengenalan iaitu RM3.50 untuk Americano dan RM3.60 untuk Mocha Latte serta Cappuccino.
Promosi ini hanya sah di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan sementara stok masih ada.