Jika anda peminat kasut New Balance, anda mungkin tidak ingin ketinggalan untuk mendapatkan koleksi terbaharu mereka. Ini kerana bermula 7 Mei 2025, New Balance bakal hadir dengan dua model kasut baharu – ABZORB 2010 dan ABZORB 2000 yang membawa semangat gaya larian tahun 2000-an ke era moden dengan reka bentuk yang lebih segar dan eksperimental.
Walaupun teknologi ABZORB mula diperkenalkan pada tahun 1993, ia masih kekal relevan sehingga hari ini kerana ia terkenal dengan keselesaan dan daya serap hentakan yang luar biasa.
Kini, ABZORB bukan sahaja dikenali sebagai elemen teknikal tetapi juga sebagai statement rekaan untuk mereka yang mahukan keselesaan dan gaya dalam satu pakej.

ABZORB 2010 – Gabungan Klasik Dan Eksperimen Baru
Model ini tampil dengan sole unit bersegmen yang lebih tebal. Sementara pada bahagian atas kasut pula, ia menampilkan diamond-knit mesh yang memberi sentuhan sporty dan retro. ABZORB 2010 ini juga turut hadir dengan lapisan nubuck dan sintetik menambah tekstur serta kekemasan.
Antara ciri menarik ABZORB 2010:
- Bahagian atas kasut yang dilengkapi jaring berteknologi diamond-knit.
- Tapak tengah dengan gabungan ABZORB dan ABZORB SBS di tumit dan hadapan.
- Stability Web shank lutsinar di bahagian tengah.
- Aksen reflektif dan logo ‘N’ timbul yang kemas.

Bagi yang berminat, harga jualan ABZORB 2010 adalah bermula RM669 dan akan tersedia di butik New Balance di The Exchange TRX dan Pavilion KL.
ABZORB 2000 – Minimalis, Futuristik Dan Penuh Butiran
Pernah dipertontonkan sewaktu Milan Design Week, ABZORB 2000 pula membawa pendekatan lebih berani dan eksperimen. Reka bentuknya dibangunkan menggunakan alatan 3D untuk menghasilkan bentuk tapak yang lebih terperinci, berlekuk dan berseni.
Kasut ini menampilkan sole unit sepanjang tapak dengan gabungan ABZORB dan pod ABZORB SBS – menghidupkan kembali estetika visible tech era 2000-an dengan gaya lebih segar dan moden.
Antara ciri utama ABZORB 2000:
- Cetakan bercorak
- Logo ‘N’ bercetak
- Tapak penuh dengan teknologi ABZORB dan ABZORB SBS
- Segmented sole dengan Stability Web shank
- Aksen reflektif dan bentuk midsole yang lebih agresif
Model ini dijangka memasuki pasaran pada Jun 2025 dengan harga RM739.

Bagi yang sukakan gaya futuristic meets classic, kedua-dua model ini boleh dikatakan antara eksperimen menarik untuk New Balance pada tahun ini. Jadi, mana satu menepati citarasa dan pilihan anda – sama ada tampilan tebal bertekstur ABZORB 2010 atau reka bentuk bersih dan berani ABZORB 2000?