Carian
Pusat Perubatan Sunway & SELCARE Menyediakan Khidmat Penjagaan Kesihatan Jantung Yang Lebih Mudah Diakses Untuk Rakyat Selangor
May 7, 2025 Lina Rosli

Baru-baru ini, Pusat Perubatan Sunway (SMC) dan SELCARE telah berganding bahu dalam satu kerjasama strategik bagi memperkasakan penjagaan kesihatan jantung, khas buat komuniti rentan di negeri ini.

Melalui kerjasama ini, ia secara tidak langsung akan memudahkan rakyat untuk melakukan saringan awal, mendapatkan diagnosis tepat, dan menerima rawatan jantung yang berkualiti – semuanya pada harga mampu milik atau secara percuma buat mereka yang memerlukan.

Di dalam memorandum persefahaman ini, SMC menunjukkan komitmen teguh mereka dalam menyokong inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), manakala SELCARE pula terus kekal menjadi penghubung penting antara dasar kerajaan negeri dan perkhidmatan kesihatan sebenar di lapangan.

Untuk pengetahuan anda, SMC merupakan hospital swasta kuatenari terbesar di Malaysia ini mempunyai 28 Pusat Kecemerlangan, termasuklah Pusat Jantung, Paru-paru & Vaskular yang canggih. Hospital ini juga dilengkapi 13 pakar kardiologi untuk dewasa dan kanak-kanak, serta kemudahan seperti CT jantung, pengimbas MRI terkini dan makmal kateterisasi.

Sementara itu, SELCARE pula merupakan pengendali program di bawah Kumpulan SELGATE dan kini mengurus pelbagai inisiatif kesihatan termasuk Iltizam Selangor Sihat (ISS), Selangor Saring dan Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor – yang secara kolektif telah memanfaatkan lebih 600,000 individu.

Dengan sokongan lebih 2,000 klinik dan 200 hospital di seluruh negara, SELCARE membuktikan bahawa gabungan kepakaran awam dan swasta mampu membawa perubahan besar. Inilah contoh terbaik bagaimana dasar kerajaan negeri boleh bergandingan dengan kekuatan sektor swasta demi kesihatan rakyat.

Komen