Dalam usaha mengiktiraf jenama dan produk yang paling diyakini pengguna, Guardian Malaysia menganjurkan satu acara yang telah diadakan di Blue Atrium, Sunway Pyramid iaitu Guardian Awards: Beauty & Wellbeing 2025.
Menerusi acara ini, Guardian Malaysia mendedahkan jenama dengan pencapaian terbaik dalam industri kecantikan, penjagaan diri, dan kesihatan. Anugerah ini terdiri daripada dua kategori utama: Jualan Terbaik dan juga Pilihan Pakar yang merangkumi pelbagai produk yang dinilai berdasarkan jualan, populariti serta inovasi terkini.

Kategori 1: Kosmetik
Dalam kategori Jualan Terbaik Untuk Komestik, jenama seperti Skintific, Catrice dan Silkygirl kekal menjadi pilihan pengguna dengan produk seperti Skintific Cover All Perfect Cushion dan Catrice Nude Illusion Loose Powder.
Untuk solekan mata, Maybelline dan Barenbliss menonjol dengan maskara tahan air, manakala untuk bibir, Wardah dan Hanasui terus mendapat sambutan tinggi dengan formula matte yang ringan dan tahan lama.
Bagi segmen haruman, Romano Eau De Parfum Grandiose serta ENCHANTEUR Luxe EDP D’or mengungguli kategori wangian lelaki dan wanita.
Kategori 2: Penjagaan Kulit
Penjagaan kulit kekal sebagai tumpuan utama dalam rutin kecantikan. Tahun 2025 menyaksikan Hada Labo Hydrating Lotion dan Skintific 5X Ceramide Moisture Gel sebagai pilihan utama untuk pelembap dan toner.
Sementara The Raw. Arbutin 2% Serum pula mendapat pengiktirafan dalam kategori serum atas formula pencerahan berasaskan bahan aktif yang selamat.
Dalam subkategori lain, produk seperti Sunplay Skin Aqua Brightening Moisture Gel SPF50+ dan CeraVe Foaming Cleanser mencatat prestasi terbaik dalam segmen penjagaan kulit sensitif dan pelindung matahari.

Kategori 3: Penjagaan Peribadi
Dalam kategori ini, Dove Beauty Nourishing Body Wash dinobatkan sebagai produk mandian terbaik, manakala Sunsilk Smooth & Manageable Shampoo kekal sebagai kegemaran pengguna dalam penjagaan rambut.
Produk seperti Oral-B Pro Cross Action Battery Toothbrush dan Kotex Overnight Wing Pro Active Guard menonjol dalam kebersihan mulut dan penjagaan feminin.
Tidak ketinggalan, Mise En Scene Perfect Serum dan Gatsby Set & Keep Spray terus mencipta pengaruh dalam dunia gaya rambut, sama ada untuk wanita mahupun lelaki.
Kategori 4: Penjagaan Kesihatan
Kesihatan turut diberi fokus penting, dengan Brand’s Essence of Chicken dan Ensure Gold Vanilla kekal sebagai suplemen pemakanan pilihan ramai.
Dalam kategori kesihatan jantung dan kulit, produk seperti Blackmores CoQ10 150mg dan VitaHealth Skintru mendapat kepercayaan pengguna atas keberkesanan dan reputasi jenama yang kukuh.

Pilihan Pakar: Tumpuan Inovasi & Trend Terkini
Untuk Expert Picks 2025, beberapa produk dan jenama baharu telah mendapat perhatian atas keunikan dan kualiti mereka. Antaranya:
- MAKE OVER Powerstay Fix & Matte Makeup Setting Spray sebagai pendatang baharu terbaik.
- Lilybyred Juicy Liar Water Tint dan VT Reedle Shot 100 dikenali sebagai produk inovatif dan sedang tular.
- Eucerin, dengan Spotless Brightening Booster Serum, terus membuktikan kepakaran mereka dalam penjagaan kulit berasaskan sains.
- Dalam penjagaan peribadi, produk seperti On The Body Veilment Dead Sea Salt Scrub dan Bieu Organic Cotton Pantyliners memperlihatkan perhatian terhadap keselesaan pengguna dengan pendekatan semula jadi dan mesra kulit.
Senarai pemenang Guardian Awards 2025 ini bukan sahaja mencerminkan pilihan pengguna semasa, malah memberi gambaran terhadap arah aliran produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Dengan penekanan kepada keberkesanan, inovasi, dan kepuasan pelanggan, senarai ini menjadi panduan berguna buat mereka yang ingin membuat pilihan bijak dalam rutin penjagaan diri dan gaya hidup sihat.