Carian
Kajian Haleon-Sensodyne Mendapati 69% Rakyat Malaysia Alami Gigi Sensitif Secara Berterusan
May 8, 2025 Lina Rosli

Bila kali terakhir anda menikmati aiskrim atau minuman sejuk tanpa rasa ngilu menyucuk gigi? Jika jawapannya “sudah lama” atau “tidak ingat”, maka terdapat perkara penting yang perlu anda ketahui.

Tinjauan terbaru oleh Haleon, syarikat global dalam kesihatan pengguna menunjukkan bahawa 69% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif secara berterusan. Dan lebih 60% daripada mereka hanya bertahan tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Untuk pengetahuan anda, gigi sensitif sebenarnya bukan isu kecil. Ia boleh ganggu rutin harian dari menikmati kopi panas waktu pagi, hinggalah ke makan pencuci mulut sejuk lepas makan malam.

Berdasarkan data, makanan sejuk adalah pencetus utama (58.5%), diikuti makanan manis dan minuman panas. Tetapi hanya 13.1% individu yang mengambil tindakan seperti memberus gigi dengan ubat gigi khas untuk gigi sensitif.

Generasi muda paling terkesan

Kajian ini memfokuskan kepada golongan berusia 18 hingga 40 tahun dan hampir 40% responden adalah dari umur 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% lagi dari lingkungan 18 hingga 25 tahun.

Ini menunjukkan bahawa masalah ini bukan hanya dialami warga emas atau ibu bapa kita – tapi ramai juga antara kita yang muda dan aktif turut terganggu dengan isu gigi sensitif.

Oleh kerana kesedaran dalam kalangan individu masih lagi rendah, Sensodyne tampil dengan solusi baharu iaitu pengenalan ubat gigi Sensodyne Fresh Mint dengan rumusan yang diperbaharui. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan sensitiviti, tapi juga memberikan kesegaran berpanjangan dan perlindungan selama 24 jam bila digunakan secara konsisten dua kali sehari.

Untuk Sensodyne Fresh Mint ini, ia hadir dengan teknologi pembersihan tiga tindakan yang membantu menggilap gigi, hilangkan kotoran dan menyingkirkan bakteria – dan ini sekaligus menjadikan gigi bukan saja kurang ngilu, tapi juga lebih bersih dan segar.

Menurut Dr. Mohd Salman bin Masri dari Persatuan Pergigian Malaysia, ramai tidak sedar bahawa gigi sensitif boleh menjadi petanda kepada masalah pergigian lain yang lebih serius. Dalam satu kajian lain, 93% responden menyatakan bahawa sensitiviti gigi menjejaskan nikmat makan, malah mengganggu kesejahteraan fizikal dan emosi.

Kempen khas sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia

Bersempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen “A Happy Mouth is… A Happy Mind”, yang membawa mesej kesedaran ke seluruh negara. Salah satu inisiatif utamanya adalah pemeriksaan gigi percuma di lebih 500 klinik terpilih dari 21 April hingga 21 Mei 2025.

Jadi, bagi anda yang sudah lama tidak mendapatkan pemeriksaan pergigian dari pakar, maka inilah masanya untuk memeriksa kesihatan gigi anda.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Sensodyne Fresh Mint versi baharu ini, ia kini boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Komen