Carian
Crocs Universe Kembali Dengan Pilihan Warna Lebih Menarik Dan Gaya Lebih Ekspresif
May 8, 2025 Lina Rosli

Crocs kembali dengan pelancaran Crocs Universe yang menampilkan koleksi baharu penuh warna, gaya dan ekspresi diri.

Meneruskan legasi kasut ikonik yang sinonim dengan keselesaan, kempen kali ini mengetengahkan elemen baharu yang lebih segar yang mana ia merangkumi rekaan moden, naratif gaya hidup yang menarik, serta padanan warna yang lebih memukau berbanding sebelumnya.

Musim ini, Crocs menjemput peminat dari seluruh dunia untuk melangkah ke alam ekspresi diri melalui koleksi Classics yang diberi nafas baharu. Daripada tona neutral yang lembut hinggalah kepada warna-warna terang yang berani, setiap rekaan ditawarkan bagi meraikan keunikan dan identiti pemakainya.

Apa yang menjadikan koleksi ini lebih menarik ialah keupayaan untuk memperibadikan setiap pasang Crocs menerusi aksesori Jibbitz charms. Dengan ratusan pilihan bentuk dan tema, setiap pemilik boleh mencipta gaya tersendiri mengikut cita rasa dan personaliti masing-masing. Menjadikan setiap kasut bukan sekadar alas kaki, tetapi juga kanvas ekspresi diri.

Menurut Crocs, Jibbitz merupakan ‘kunci’ kepada dunia Crocs Universe iaitu sebuah ruang imaginasi di mana segala-galanya tampak lebih ceria, ekspresif dan menyeronokkan. Ia menggalakkan pengguna untuk mencipta cerita tersendiri bersama individu tersayang sambil bergaya dengan keselesaan maksimum.

Bagi yang berminat, koleksi Crocs Universe: Season 2 kini boleh didapati secara atas talian dan di butik terpilih.

Komen