Lactalis, syarikat tenusu global yang terkenal dengan kualiti dan inovasi pemakanannya, kini memperkenalkan PRIDE Family Milk Powder kepada pasaran Malaysia.
Diformulasikan khas untuk seisi keluarga, PRIDE hadir dengan gabungan nutrien penting yang menyokong kesihatan tulang dan kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.
Sebagai jenama yang telah bertapak lebih 25 tahun di Arab Saudi, PRIDE dikenali sebagai pilihan isi rumah yang mengutamakan khasiat dalam setiap hidangan.
Kini di bawah Lactalis, PRIDE membawakan kelazatan rasa berkrim dan formulasi yang mudah larut walaupun menggunakan air sejuk, sekaligus menjadikannya sesuai sebagai minuman harian, tambahan dalam masakan atau ramuan dalam pembuatan kek.

Krisis Kesihatan Tulang Di Malaysia
Isu kesihatan tulang semakin mendapat perhatian, dengan data menunjukkan:
- 94% kanak-kanak lelaki dan 97% kanak-kanak perempuan tidak mencapai pengambilan kalsium harian yang disarankan.
- Kekurangan vitamin D yang tinggi khususnya dalam kalangan wanita, mengurangkan keberkesanan penyerapan kalsium sehingga 80%.
- 1 daripada 3 warga emas menghidap osteoporosis, menjadikan kesihatan tulang satu isu kritikal yang merentas generasi.
Sebagai respons kepada cabaran ini, PRIDE Family Milk Powder hadir sebagai salah satu solusi yang mampu milik, dengan hanya RM1 secawan – dua cawan sehari boleh membantu memenuhi keperluan kalsium harian sebanyak 700mg hingga 1000mg, seperti yang disarankan oleh pakar pemakanan.

Keistimewaan PRIDE Family Milk Powder
- Tinggi kalsium, vitamin D dan magnesium – Menyokong kekuatan tulang dan gigi serta penyerapan kalsium yang lebih efektif.
- Kaya protein – Penting untuk pembinaan otot dan proses pemulihan tubuh.
- Mengandungi vitamin A, B2, D dan E – Menyumbang kepada sistem imun yang sihat, tenaga berpanjangan dan penjagaan kulit.
- Larut dengan mudah dalam air sejuk – Memudahkan penyediaan harian.
- Sesuai untuk umur 1 tahun ke atas – Pilihan selamat dan praktikal untuk seluruh keluarga.
- Harga mesra keluarga – 450g pada harga RM13.80 dan 800g pada RM22.40.
Dengan matlamat untuk menyokong gaya hidup aktif dan sihat, PRIDE Family Milk Powder memberi penekanan kepada penjagaan tulang secara berterusan sejak usia muda.
Bagi yang berminat, produk ini boleh didapati di pasar raya terpilih seperti AEON dan Asiamart serta pasar mini seluruh negara.