Nespresso Perkenalkan Koleksi Musim Panas 2025 – Kombinasi Gaya Hidup Aktif, Kenangan Era 90-an Dan Kopi Ais Mewah

June 5, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Musim panas ini, raikan detik santai dan menyeronokkan bersama koleksi kopi ais edisi terhad Nespresso — diinspirasikan oleh era 90-an dan gaya hidup kota yang aktif. Dua perisa baharu yang diperkenalkan adalah Pistachio Vanilla Over Ice dan Coconut Vanilla Over Ice, gabungan rasa tropika dan berkrim yang sesuai untuk cuaca panas.

Kedua-dua perisa ditawarkan untuk kapsul Original pada harga RM3.65 setiap kapsul, manakala untuk kapsul Vertuo, Pistachio Vanilla ditawarkan pada harga RM4.50 dan Coconut Vanilla pula berharga RM5.00.

Koleksi ini turut menampilkan perisa klasik musim panas seperti Freddo Delicato, Freddo Intenso, Ice Leggero dan Ice Forte, memenuhi citarasa dari ringan berbuah hingga pekat dan intence.

Apa yang menarik, untuk koleksi ini turut menampilkan penampilan mesin Vertuo Pop edisi Pistachio Green (RM899) dan aksesori musim panas seperti travel tumbler, acuan ais, straw silikon, serta beg penyejuk dan payung edisi khas. Summer Box eksklusif juga tersedia, hadiah sempurna untuk diri sendiri.

Kolaborasi Eksklusif Bersama Paolo Paolo Gelato

Nikmati pencuci mulut terinspirasi Nespresso seperti Vanilla Mascarpone with Pistachio, Coconut Vanilla Sorbet, deconstructed tiramisu, dan affogato. Tersedia di lokasi terpilih seperti The Exchange TRX dan Taman Paramount.

Dari 1 hingga 30 Jun 2025, rebut pelbagai tawaran:

  • Gift Box = baucar Beli 2 pint, Percuma 1 pint Paolo Paolo
  • Putar Summer Surprise Machine untuk peluang menang baucar gelato dan barangan Nespresso
  • Langgan Mesin secara online untuk baucar scoop gelato percuma
  • Beli RM25 di Paolo Paolo = baucar 10% untuk mesin Vertuo Pop

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba resipi istimewa musim panas seperti Pistachio Vanilla Iced Oatmilk Latte dan Coconut Vanilla Mint Iced Coffee. Terokai semuanya di nespresso.com/recipes.

Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian dan di butik Nespresso terpilih, untuk masa terhad dan selagi stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd