Marrybrown Bawa Kembali Menu MB Gangjeong Chicken Bertemakan Hallyu – Gabungan Rasa Korea Dan Tempatan

June 5, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Marrybrown kembali menghidangkan menu istimewa terhad – MB Gangjeong Chicken, satu sajian berinspirasi Hallyu yang menggabungkan cita rasa Korea dengan sentuhan tempatan. Menu ini kini tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara bermula hari ini.

Bagi yang belum pernah mencuba, Gangjeong Chicken menggabungkan keseimbangan sempurna antara rasa pedas, masam dan manis yang sesuai dengan selera rakyat Malaysia.

Untuk edisi ini juga, Marrybrown turut mengetengahkan elemen budaya Korea melalui pembungkusan berwarna-warni yang mencerminkan populariti berterusan K-Wave dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya anda ingin mencuba menu MB Gangjeong Chicken, berikut adalah senarai hidangan yang ditawarkan:

  • Gangjeong Kimchi Rice Bowl Combo (bermula RM13.90): Nasi berkimchi disajikan bersama ayam Gangjeong dan minuman Fanta Strawberry.
  • Gangjeong Chicken Burger Combo (bermula RM17.90): Burger ayam tanpa tulang menggunakan paha ayam 100%, diperap dengan sos Gangjeong pedas, dihidang bersama roti hitam lembut, 6 keping kentang goreng wedges dan Fanta Strawberry.
  • Gangjeong Spicy Chicken Combo (bermula RM18.90): 4 ketul ayam Gangjeong pedas yang disaluti sos, disajikan bersama 6 keping wedges dan Fanta Strawberry.
  • Gangjeong Spicy Chicken Box Meal (bermula RM24.50): Sajian lengkap merangkumi 2 ketul ayam Gangjeong pedas, burger ayam Gangjeong, 6 keping wedges dan Fanta Strawberry.
  • Ladu Korea 3-ketul (bermula RM4.50): Ladu rangup berinti campuran ayam, cendawan dan kimchi yang sesuai sebagai pelengkap menu anda.
  • Pai Strawberi Kastard (bermula RM4.99): Pastri berinti strawberi dan kastard berkrim, dengan kerak rangup berwarna keemasan

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd