Nikmati Hidangan Manis Penuh Makna Bersama Elevete Patisserie Sempena Hari Bapa

June 6, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Hari Bapa bukan sekadar hari untuk memberikan hadiah, tetapi momen penting untuk mengungkapkan penghargaan terhadap figura yang menjadi tonggak keluarga.

Tahun ini, Elevete Patisserie memperkenalkan dua pencuci mulut eksklusif sempena Hari Bapa yang diraikan dengan penuh rasa – iaitu Father’s Day Midnight Chocolate Mousse Cake dan Father’s Day Assorted Choux Gift Box.

Father’s Day Midnight Chocolate Mousse Cake – Kek Coklat Klasik Dengan Sentuhan Karamel

Berharga RM145.00, kek mousse istimewa ini menampilkan pelbagai lapisan tekstur yang menggoda selera. Gabungan hazelnut royaltine rangup, kek span coklat yang gebu, mousse coklat halus dan coffee chantilly yang ringan memberikan keseimbangan rasa yang elegan.

Ia disempurnakan dengan kemasan kilat coklat mewah dan karamel masin yang memberi dimensi rasa berbeza pada setiap suapan.

Father’s Day Assorted Choux Gift Box – Puff Krim Pelbagai Perisa

Bagi yang menginginkan variasi dan kejutan dalam satu kotak, Assorted Choux Gift Box berharga RM85.00 adalah pilihan yang sempurna. Mengandungi enam puff krim buatan tangan dengan perisa unik, setiap satunya seakan menceritakan kisah ayah anda dari sisi yang berbeza.

Antara pilihan rasa termasuk:

  • Black Forest Choux: Gabungan coklat dan ceri.
  • Chocolate Hazelnut Choux: Padanan kacang hazel dan coklat.
  • Matcha Mango Choux: Hadir dengan rasa teh hijau dan buah mangga
  • Coffee Chocolate Choux: Sesuai untuk pencinta kopi
  • Raspberry Rose Lychee Choux: Haruman bunga dan buah yang elegan.
  • Red Berries Choux: Rasa beri segar yang manis dan berjus.

Menarik, bukan? Direka dengan rasa yang memikat, kedua-dua hidangan ini bukan sahaja halal, malah diperbuat dengan penuh ketelitian bagi memberi penghormatan kepada insan bergelar ayah.

Bagi yang berminat, kedua-dua pencuci mulut ini boleh dipesan bermula:

  • Midnight Chocolate Mousse Cake: 9 Jun – 30 Jun 2025
  • Assorted Choux Gift Box: 10 Jun – 30 Jun 2025

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd