ZUS Coffee Memperkenalkan ZUS Kids – Minuman Tanpa Kafein, Mesra Untuk Kanak-Kanak

June 9, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

ZUS Coffee yang selama ini dikenali sebagai destinasi pilihan untuk pencinta kopi kini membuka ruang untuk pelanggan cilik melalui pelancaran ZUS Kids. Barisan minuman baharu ini dirumus khas tanpa kafein, menjadikannya selamat dan sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak.

Tiga pilihan utama yang ditawarkan dalam siri ini ialah:

#1 Double Chocolate Chip Frappé (Iced)

Minuman sejuk berasaskan coklat ini menggabungkan sirap coklat, cip coklat, susu dan ais. Ia memberikan rasa yang kaya dan tekstur yang berkrim – sesuai untuk kanak-kanak yang gemar akan rasa coklat yang pekat dan menyegarkan.

#2 Creamy Mango (Iced)

Menggunakan pati mangga asli, susu dan ais, Creamy Mango memberikan rasa buah tropika yang segar dan berkrim. Ia adalah pilihan yang menarik bagi anak-anak yang menggemari minuman berasaskan buah.

#3 Babycino (Iced / Hot)

Alternatif kepada cappuccino, Babycino tidak mengandungi kafein dan menggunakan gabungan French Vanilla, susu, buih susu serta taburan serbuk koko. Ia boleh dinikmati dalam versi panas atau sejuk mengikut kesesuaian.

Selain dari tiga minuman ini, terdapat juga beberapa pilihan minuman yang lain – sesuai untuk kanak-kanak termasuklah:

  1. Australian Chocolate
  2. Watermelon Frappé
  3. Mango Frappé
  4. Cheese Creme Strawberry Frappé
  5. Just Milk
  6. Tahitian Lime Refresher
  7. Mixed Berries Refresher

Sekiranya anda tidak pasti pilihan yang sesuai untuk anak anda, jangan segan untuk bertanya kepada barista ZUS Coffee (Zusrista) bagi mendapatkan cadangan minuman yang bersesuaian.

Melalui pengenalan ZUS Kids, ZUS Coffee bukan sahaja menawarkan variasi baharu kepada pelanggan, tetapi turut membuka peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi pengalaman minum di kafe bersama anak-anak mereka. Dengan pembungkusan yang menarik dan mesra kanak-kanak, ZUS Kids direka untuk memberikan pengalaman menyeronokkan tanpa perlu risau tentang kandungan kafein.

ZUS Kids kini boleh didapati di semua cawangan ZUS Coffee dan juga melalui aplikasi ZUS.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd