Skechers Hadir Dengan Siri AERO Untuk Pasaran Malaysia – Teknologi Terkini Untuk Larian Lebih Jauh Dan Pantas
Lina Rosli
Skechers kini melancarkan koleksi terbaharunya di Malaysia iaitu siri Skechers AERO. Siri ini menampilkan barisan kasut larian berprestasi tinggi yang direka untuk kelajuan, kestabilan dan keselesaan sepanjang hari.
Menampilkan tiga model utama iaitu SKX AERO Spark, SKX AERO Burst dan SKX AERO Tempo, koleksi ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik untuk lelaki dan wanita.

Setiap model direka dengan teknologi terkini seperti HYPER BURST ICE, Arch Fit yang diperakui pakar podiatri, HYPER ARC untuk peralihan langkah lebih lancar, serta tapak luar Goodyear Performance yang memberikan cengkaman unggul di pelbagai permukaan.
Reka bentuk koleksi AERO memberi fokus kepada keperluan pelari moden – sama ada untuk latihan harian, larian jarak jauh, mahupun persediaan menghadapi acara maraton. Dengan binaan yang ringan dan teknologi plat karbon yang disepadukan dalam tapak kasut, siri AERO menawarkan gabungan antara dorongan tenaga dan keselesaan optimum.
Bagi yang berminat, berikut adalah koleksi Skechers AERO yang boleh anda dapatkan.
- SKX AERO Spark (RM659.00) – Sesuai untuk larian harian dan sesi interval, model ini dilengkapi kusyen HYPER BURST ICE dan plat karbon separa untuk langkah yang lebih responsif.

- SKX AERO Burst (RM759.00) – Direka untuk latihan jarak jauh, model ini menawarkan keselesaan berpanjangan serta pengudaraan yang baik melalui bahagian atas yang diperbuat daripada fabrik mesh kejuruteraan.

- SKX AERO Tempo (RM799.00) – Model paling ringan dalam koleksi ini, direka khas untuk prestasi pada hari perlumbaan dengan plat karbon penuh dan kusyen HYPER BURST yang memberikan pulangan tenaga maksimum.

Untuk mendapatkannya, koleksi Skechers AERO Series kini boleh didapati di butik konsep Skechers terpilih termasuk The Exchange TRX, Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, dan Sunway Pyramid, serta secara atas-talian di www.skechers.com.my.