Tealive Mula Menawarkan Minuman 3-Dalam 1 –Tealive Premix Dijual Di TikTok Shop Secara Eksklusif Pada Harga RM12.90

June 9, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Tealive bukan lagi sekadar minuman yang anda nikmati semasa singgah di kiosk atau memesan melalui aplikasi penghantaran. Kali ini, jenama minuman terkenal ini mengorak langkah baharu dengan memperkenalkan siri minuman pra-campuran mereka – dan menariknya, ia kini boleh didapati secara eksklusif di TikTok Shop Tealive Asia.

Untuk para peminat setia Tealive, berita ini pasti membuatkan anda tersenyum. Bayangkan menikmati rasa Signature Coco, Signature Milk Tea, atau Milk Tea Matcha di rumah, pejabat, atau bahkan semasa bercuti – tanpa perlu beratur atau menunggu penghantaran.

Apa yang menarik juga, setiap pek pra-campuran ini direka agar mudah disediakan – hanya koyak, tuang, dan tambah air panas atau sejuk mengikut citarasa anda. Dalam masa kurang dari lima minit, anda boleh nikmati minuman ala Tealive yang cukup dikenali dengan rasa tersendiri dan kemanisan yang seimbang.

Untuk siri minuman pra-campur ini, Tealive telah hadir dengan beberapa pilihan perisa minuman yang popular termasuklah Chocolate Hazelnut, Gula Melaka Teh Tarik, Salted Dark Choco dan banyak lagi.

Di dalam setiap kotak minuman, ia mempunyai 6 pek yang dijual pada harga RM12.90 sahaja. Jadi, bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan minuman pra-campuran eksklusif ini hanya di TikTok Shop Tealive Asia bermula hari ini.

Beli di sini: TikTok Shop Tealive Asia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd