Gigi Coffee Hadir Dengan Tiga Minuman Baharu Berasaskan Pistachio
June 10, 2025
Makanan & Minuman
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari minuman yang kaya dengan rasa, Gigi Coffee baru-baru ini telah memperkenalkan siri minuman baharu yang menjanjikan pengalaman rasa penuh keindahan dan indulgence menerusi siri minuman berasaskan kacang Pistachio.
Untuk siri Pistachio ini, ia hadir dalam tiga pilihan istimewa:
- Dubai Pistachio Chocolate (RM14.00) – Minuman ini menggabungkan rasa coklat latte yang berkrim dengan krim pistachio yang lembut dan memikat.
- Pistachio Cream Latte (RM15.00) – Untuk peminat rasa kekacang yang lebih halus, versi ini hadir dengan susu hazelnut dan diakhiri dengan lapisan krim pistachio yang kaya. Rasa yang licin dan ‘nutty’ menjadikannya pilihan yang sempurna untuk sesi santai tengah hari.
- Pistachio G-Frappe (RM17.00) – Bagi mereka yang sukakan sesuatu yang sejuk dan menyegarkan, pilihan ini adalah ais kisar dengan rasa pistachio yang dominan dan tekstur yang memuaskan – sesuai dinikmati di waktu panas.

Bagi yang berminat, siri Dubai Pistachio ini kini boleh didapati di semua cawangan Gigi Coffee ataupun anda boleh memesan minuman ini menerusi aplikasi Gigi Coffee serta di platform penghantaran utama.