Acara MY BMW World 2025 Raikan Legasi BMW Group Malaysia – Menampilkan Lebih 10 Model Baharu BMW

June 12, 2025
Uncategorized

Lina Rosli

MY BMW World 2025 menandakan detik penting dalam perjalanan BMW Group Malaysia, menyambut lebih lima dekad pengalaman pemilikan premium di pasaran tempatan. Bertemakan Heritage in Motion, acara ini berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 di The Yard, Sentul Depot dan mengetengahkan keseimbangan antara menghargai sejarah serta mengorak langkah ke hadapan melalui inovasi.

Acara ini merupakan edisi kedua selepas penganjuran sulungnya pada tahun 2015. Ia membawakan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan teknologi automotif terkini, nilai jenama serta visi masa depan BMW Group Malaysia yang kukuh.

Menurut Pengarah Urusan BMW juga, MY BMW World ini manifestasi sebenar siapa mereka – jenama yang dibina berasaskan inovasi, ketukangan dan komitmen terhadap Sheer Driving Pleasure. Meskipun landskap automotif kini berubah pantas, BMW terus teguh dengan identiti dan nilai yang telah kami pegang sejak tahun 70-an

Barisan Model Baharu dan Kenderaan Ikonik BMW

Antara model terbaharu yang ditampilkan termasuk:

  • BMW 218i Gran Coupé Sport
  • BMW X3 xDrive M Sport
  • BMW M2
  • BMW M3 Competition M xDrive
  • BMW M5

Sempena ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, dua model penting turut diperkenalkan iaitu BMW 320i Sport dan BMW 330i M Sport, menyerlahkan keunggulan sedan sport dalam sejarah BMW.

Dalam segmen dua roda, BMW R 1300 RT tampil sebagai motosikal touring premium yang menekankan aspek keselesaan dan prestasi.

MINI pula membawa pendekatan elektrifikasi dengan barisan model seperti:

  • All-Electric MINI Cooper JCW
  • All-Electric MINI Aceman JCW
  • MINI Countryman JCW S ALL4

Model-model ini menampilkan pelbagai pilihan rangkaian kuasa sebagai bukti komitmen BMW terhadap prinsip Technology Openness dan Power of Choice.

Kemunculan Khas Dan Nostalgia Perlumbaan

Antara tarikan utama ialah:

  • BMW 760i xDrive Protection – model kalis peluru dengan keselesaan mewah dan prestasi unggul.
  • BMW M4 Competition Coupé M xDrive – model yang pertama kali ditampilkan kepada umum di Malaysia.
  • BMW M3 DTM Replica – simbol legasi perlumbaan DTM yang menghidupkan semangat motorsport BMW,

Pengunjung turut berpeluang menelusuri pameran interaktif sejarah BMW Group Malaysia sejak 1970-an, serta menyertai modul BMW X Challenge – laluan ujian sebenar seperti ramp dua tayar dan roller ramp untuk merasai keupayaan sistem pacuan BMW xDrive.

Juga tersedia ialah BMW Café, barangan edisi terhad MY BMW World serta pelbagai aktiviti yang dirancang untuk peminat setia dan pengunjung baharu.

Tawaran Eksklusif Sempena MY BMW World 2025

Untuk pemilik baharu BMW:

  • Kadar faedah serendah 0.5%
  • Servis percuma selama 5 tahun melalui BMW Service Inclusive (BSI)
  • Subsidi insurans komprehensif bernilai RM5,000 bagi tahun pertama menerusi program Easy Drive

Pelanggan juga boleh memilih BMW Protection+, termasuk perlindungan kemalangan, kecurian, banjir, serta program penggantian kereta.

Untuk pemilik MINI:

  • Servis percuma 10 tahun untuk model terpilih.
  • Insurans komprehensif bernilai sehingga RM3,000.
  • Waranti tambahan 4 tahun untuk pembeli MINI Aceman SE dan MINI Countryman SE.
  • MINI Wallbox percuma untuk model elektrik.
  • Rebat tunai sehingga RM15,000 dan kadar faedah serendah 0.88%.
  • Pelanggan MINI sedia ada (F56) boleh mendapatkan rebat kesetiaan RM8,888 apabila menaik taraf ke MINI Aceman SE.
  • Warna edisi khas Blazing Blue dengan hadiah eksklusif seperti luggage atau loket MINI Diamond.

Untuk peminat BMW Motorrad:

  • Rebat eksklusif untuk model terpilih – menampilkan semangat “Make Life a Ride”

MY BMW World 2025 bukan sekadar pameran automotif – ia adalah simbol perjalanan BMW Group Malaysia merentas masa. Melalui inovasi, elektrifikasi, dan pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan, BMW terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju mobiliti premium di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, kunjungi laman web rasmi BMW, MINI atau BMW Motorrad Malaysia, atau hubungi pengedar sah terdekat anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd