BMW Malaysia Lancarkan Tiga Model Baru Untuk Siri M — M5, M3 Competition M xDrive Dan M2
Lina Rosli
BMW Malaysia hari ini memperkukuh kedudukannya sebagai jenama prestasi unggul dengan pelancaran rangkaian model baharu dari divisi M iaitu BMW M5, BMW M3 Competition M xDrive serta BMW M2.
#1 BMW M5 – Ikon Prestasi Hibrid
Menandakan langkah pertama model M5 elektrik-hibrid, jentera ini menggabungkan enjin V8 TwinPower Turbo berkuasa tinggi (585 hp) dengan motor elektrik 197 hp bagi kuasa sistem gabungan mencapai 727 hp dan tork sehingga 1,000 Nm.
Dengan kelebihan ini, aa mampu mencapai 0–100 km/j dalam 3.5 saat, dengan jarak pemanduan elektrik sehingga 69 km (WLTP). Selain itu, ia turut menampilkan pindahan kuasa melalui transmisi 8‑kelajuan M Steptronic, manakala sistem pacuan M xDrive dan stereng aktif Integral Active Steering pula berfungsi untuk meningkatkan pengendalian dalam situasi harian dan trek.

Sementara untuk ruang kabin, BMW M5 ini menampilkan BMW Curved Display (12.3 inci + 14.9 inci), upholsteri Merino premium, roda stereng M dengan pemilih mod, serta sistem bunyi Bowers & Wilkins dengan 18 pembesar suara.

#2 BMW M3 Competition M xDrive – Sedan Prestasi Serbaguna
Model empat-pintu ini menampilkan rekaan baharu yang lebih tajam dengan lampu LED Matrix, roda 19-inci dan 20-inci dan sistem pacuan semua roda M xDrive.
Dikuasakan oleh enjin 6-silinder TwinPower Turbo 530 hp (model M xDrive) atau 510 hp (varian Competition), model ini mampu melakukan 0–200 km/j dalam 11.8 saat.
Selain itu, suspensi Adaptive M dan sistem pacuan semua roda hasil tuning M menyeimbangkan kelenturan untuk pemanduan harian dan ketajaman trek.
#3 BMW M2 – Menampilkan Mod Pemanduan Baharu
Model BMW M2 ini merupakan model sedan sport kompak yang menamwarkan pemanduan roda belakang. Ini sekaligus membawa DNA motorsport sebenar dengan enjin 6-silinder 480 hp, suspensi Adaptive M, dan transmisi 8-kelajuan M Steptronic.


Konfigurasi ini mengekalkan prestasi ketulenan tinggi bersama mod pemanduan seperti Drift Mode dan phenological pacuan melalui M Sport Differential.
Dengan pengenalan model-model ini, BMW Malaysia tidak sekadar menawarkan variasi kuasa dan konfigurasi pacuan, tetapi juga mengesahkan kesinambungan warisan M yang telah diasaskan melalui kejayaan dalam kumpulan perlumbaan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengedar sah BMW atau kunjungi laman rasmi BMW Malaysia.