Lebih 35,000 Kes Penipuan Berlaku Pada Tahun 2024 – Ninja Van Anjur ScamMinar Untuk Tangani Masalah Ini

June 13, 2025
fakta menarik

Lina Rosli

Seiring dengan lonjakan kes penipuan dalam talian di Malaysia, Ninja Van Malaysia mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan ScamMinar pertama mereka – sebuah sesi panel perbincangan yang menghimpunkan pihak berkuasa, pakar keselamatan siber dan komuniti, bagi membanteras peningkatan penipuan berkaitan penghantaran bungkusan.

Bukan sekadar perbincangan, acara ini juga menyaksikan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ninja Van Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menandakan komitmen bersama untuk memperkukuh kawalan, meningkatkan kesedaran serta melindungi pengguna di seluruh negara daripada menjadi mangsa penipuan.

Penipuan Berkaitan Bungkusan Terus Meningkat

Sepanjang tahun 2024, lebih 35,000 kes penipuan dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM1.6 bilion. Dalam trend yang menggerunkan ini, penipuan pembelian atas talian dan bungkusan mencatat angka yang membimbangkan.

Malah, Ninja Van sendiri merekodkan lebih 17,000 kes penipuan tahun lalu, dan lebih 3,500 kes telah dilaporkan hanya dalam suku pertama tahun 2025 sekaligus menunjukkan peningkatan yang drastik jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

Antara modus operandi yang semakin lazim berlaku termasuklah:

  • Penipuan Bayar Semasa Terima (COD)
  • Bungkusan palsu
  • Penipuan melalui mesej teks palsu (SMS phishing)

ScamMinar – Platform Komuniti Menangani Ancaman Siber

ScamMinar bukan sekadar acara simbolik – ia menjadi platform penting untuk berkongsi ilmu, membina kesedaran dan memperkasakan masyarakat agar tidak terus menjadi mangsa kepada jenayah siber. Pendekatan komuniti seperti ini menjadi kunci dalam mencipta ekosistem digital yang lebih selamat dan berintegriti.

Dengan kempen dan inisiatif seperti ini, Ninja Van Malaysia membuktikan bahawa tanggungjawab mereka jauh melangkaui logistik – mereka turut komited untuk menyampaikan keselamatan dan keyakinan kepada pengguna.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd